KUALA LUMPUR: Caj rawatan RM1 bagi perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan kerajaan dilihat sudah tidak lagi mampu menanggung kos sistem kesihatan negara.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, banyak faktor yang perlu dipertimbang agar fi sedia ada dipertingkatkan.
Ia perlu demi perkembangan teknologi perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan kesihatan, katanya.
“Kita tak boleh bergantung sepenuhnya sepertimana yang kita lalui pada tahun 70-an dan 80-an dulu.
"Contohnya, dahulu sebungkus nasi lemak kurang daripada 20 sen. Melihat gaya hidup ketika itu, angka RM1 adalah sesuatu yang boleh diterima pakai.
“Namun, dengan perubahan teknologi ketika ini, kita perlu menerima perubahan. Maksudnya, reformasi yang pertama yang perlu dilaksanakan adalah penerimaan kita sebagai individu.
"Perlu rasional terhadap perubahan yang terpaksa dihadapi dalam konteks mendepani cabaran, terutama untuk kita mendapat sistem kesihatan yang terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, kata Malina, kesihatan adalah satu perkhidmatan yang tidak wajar diberikan percuma secara selama-lamanya.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam diskusi Pantau Kos Sara Hidup berkenaan Kertas Putih Kesihatan: Manifestasi Kehidupan Rakyat.
Dalam konteks perkembangan semasa, tegas beliau, tiada logiknya bagaimana tahap perkhidmatan kesihatan awam di negara ini diharapkan berubah, tetapi kos pembiayaannya masih di tahap sama.
“Melihat kepada dinamik sesuatu sistem, sepatutnya tak ada satu sistem yang kekal lebih daripada 10 tahun dan sistem kesihatan kita pada hari ini sudah ada sejak lebih 40 tahun,
“Adalah tidak wajar kita mempertahankan suatu keadaan sehingga menyebabkan sebahagian sistem dalam perkhidmatan kesihatan tersebut terpaksa dikorbankan.
"Dan ini akan seterusnya menimbulkan kesan kepada penyediaan sumber manusia, yang mana doktor-doktor muda terpaksa bekerja secara kontrak,” katanya lagi.
Perkara itu, jelas Malina, adalah impak berterusan akibat sistem perkhidmatan kesihatan negara yang masih berada di takuk serupa setelah sekian lama.
Azyyati Ahmad
Wed Jun 07 2023
Malina berkata, banyak faktor yang perlu dipertimbang agar fi sedia ada dipertingkatkan demi perkembangan teknologi perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan kesihatan.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Literasi kesihatan rendah bebankan individu, sistem kesihatan negara - Dzulkefly
Kadar literasi kesihatan rendah dalam kalangan masyarakat boleh digambarkan sebagai wabak Penyakit Tidak Berjangkit yang membebankan individu, keluarga dan masyarakat termasuk sistem kesihatan.
'Caj rawatan RM1 tak lagi mampu tampung kos kesihatan negara'
Ia perlu demi perkembangan teknologi perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan kesihatan.
Sistem kesihatan negara hadapi tekanan besar - Dr Noor Hisham Abdullah
Kadar penggunaan katil di ICU di di Lembah Klang sudah mencecah 113 peratus atau bersamaan 344 katil ICU untuk 377 pesakit COVID-19.