KUALA LUMPUR: Sistem kesihatan negara sedang menghadapi tekanan besar, tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, keadan semakin terdesak sehingga Kementerian Kesihatan kini terpaksa menukar fungsi pelbagai ruang di hospital untuk diubah menjadi unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19.
Tegas Dr Noor Hisham, langkah itu terpaksa diambil selepas kadar penggunaan katil di ICU di seluruh hospital di Lembah Klang sudah mencecah 113 peratus atau bersamaan 344 katil ICU untuk 377 pesakit COVID-19.
“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.
Pada masa ini, tiga hospital yang kadar penggunaannya luar biasa tinggi ialah di Kajang yang mempunyai enam katil ICU untuk pesakit COVID-19 tetapi pesakitnya ada 19 orang atau penggunaannya bersamaan 317 peratus.
Sementara Hospital Banting pula mempunyai lapan pesakit COVID-19 tetapi hanya mempunyai empat katil ICU, sementara Hospital Serdang mempunyai 55 pesakit sedangkan tetapi katil ICU yang boleh disediakan hanya 32.
“Hospital-hospital Kementerian Kesihatan kini terpaksa menukar fungsi lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, kadar penggunaan katil ICU Covid-19 di seluruh negara secara keseluruhannya sudah mencecah angka 91 peratus.
Dalam hantaran yang sama, beliau berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang kadar penggunaannya mencapai 117 peratus termasuk menggunakan wad biasa.
Tidak ketinggalan, Dr Noor Hisham juga berkongsi situasi di Hospital Sungai Buloh yang mana sebahagian daripada Jabatan Kecemasan ditukar menjadi tempat rawatan kritikal.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyeru orang ramai agar patuh larangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dengan kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting untuk keluar.
Dr Noor Hisham dalam masa sama menggesa majikan untuk membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah serta menghadkan jumlah pekerja yang hadir di pejabat pada satu-satu masa.
“Virus COVID-19 berada di dalam komuniti. Patuhilah SOP (prosedur operasi standard) dan duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.
“Bantu kementerian dengan “lockdown” kendiri untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19. Jangan tunggu lagi. Kita jaga kita,” kata beliau lagi.
Astro Awani
Sat May 22 2021
Suasana katil di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang kadar penggunaannya mencapai 117 peratus termasuk menggunakan wad biasa dikongsi Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar Facebook Dr Noor Hisham Abdullah.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.