KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH) melalui kajian Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia mahupun pelaksanaan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tidak akan mengganggu urusan harian pendeposit.
TH dalam satu kenyataan dalam masa sama berkata, operasi hariannya akan berjalan seperti biasa.
"Keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu amanah yang amat berat dan TH perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik dan mengukuhkan tadbir urus dan operasinya bagi menjaga kepentingan pendeposit.
"Atas keperluan tanggungjawab ini, Kerajaan telah mencadangkan untuk menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh dan ini akan melibatkan cadangan dasar model baharu operasi TH dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.
"Cadangan model baharu operasi TH tersebut akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) dan TH." kata kenyataan itu lagi.
BACA: Kabinet setuju tambah baik pengurusan, operasi TH secara menyeluruh
TH juga memberi jaminan kepada umat Islam khususnya 8.3 juta pendepositnya bahawa akan mengesyorkan hak mutlak pengurusan dan operasi Haji terus kekal bersama TH, jaminan kerajaan ke atas deposit di TH di bawah seksyen 24 Akta Tabung Haji tahun 1995 terus kekal untuk kepentingan para pendeposit serta penglibatan TH dalam sektor ekonomi berdasarkan tadbir urus, pengurusan dan operasi yang utuh.
Selain itu, TH akan terus membuat penambahbaikan dari segi tadbir urus, pengurusan, operasi, dan pelaburan untuk kepentingan para pendeposit, terus kekal relevan melalui usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif ini dan berkerjasama dan terlibat dalam kajian Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Negara.
Justeru, TH menyarankan agar kajian menyeluruh oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan TH perlu dibuat untuk menilai model operasi baharu yang dicadangkan, di samping mengambil kira kapasiti sedia ada TH termasuklah aset, liabiliti, kepakaran sumber manusia, dan lain-lain.
"Aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin khususnya para pendeposit,"tambah TH.
Astro Awani
Sun Jul 18 2021

Cadangan penambahbaikan pengurusan dan operasi TH melalui kajian Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia, mahupun pelaksanaan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tidak akan mengganggu urusan harian pendeposit. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Mohd Na'im berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan kerja, tunai haji
Mohd Na'im berkata fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk melihat sendiri operasi masyair yang dilaksanakan TH.

Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

Elak layari laman web palsu THiJARI - TH
Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

TH saran pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan
Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.