Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menyangkal dakwaan kualiti pendidikan negara berada di kedudukan yang tidak memberansangkan.

Dakwaan bertitik-tolak daripada ketiadaan universiti tempatan yang disenaraikan dalam 400 universiti terbaik dunia sebagaimana dikeluarkan ‘Times Higher Education World University Rankings 2012/2013’.

Astro AWANI mendapatkan pandangan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak untuk mengulas isu ini.

Ikuti temubual bersama Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak untuk ulasan beliau.