PADA 3 Mei setiap tahun, tanpa gagal, kita raikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Memandangkan sifatnya akhbar, sudah pasti ia ada perkaitan dengan kebebasan media. Serentak Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2020, yang membawa tema ‘Journalism without Fear or Favour’, Reporters Without Borders mengeluarkan World Press Freedom Index (FMI) 2020 yang menyaksikan kebebasan media di Malaysia semakin baik.
Rumusannya, daripada 180 negara yang ada dalam senarai itu, Malaysia di tangga 100 _ naik 22 anak tangga berbanding tahun sebelumnya, 2019. Untuk rekod, tahun 2018, Malaysia berada di tangga 145.
Kalau melihat kepada angka, ini adalah prestasi yang amat menggalakkan. Logiknya, ia naik hampir 44 ke atas dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Ini adalah satu kejayaan bagi Malaysia. Realitinya, jika melihat angka, sudah semestinya banyak pihak (tidak semua) akan melompat gembira, kononnya Malaysia semakin baik tanda aras kebebasan media. Tidak kurang, ia mengundang analisis panjang lebar, yang tentunya membuat kesimpulan bahawa, ini sesuatu yang luar biasa. Tetapi adakah itu cerminannya semata-mata?
Ada beberapa perkara penting yang harus ditekankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) buat masa ini untuk terus menyahut cabaran kebebasan akhbar dan media tempatan.
Pertamanya, soal status aliran pengejaran terhadap teknologi maklumat digital di mana hampir kesemua produksi berita berubah ke arah platform ini.
Kedua, bagaimana mengubah persepsi rakyat bahawa media arus perdana hanya melaporkan berita atau maklumat menyebelahi satu pihak dan permintaan terhadap pelaporan berita yang seimbang.
Kita tidak boleh menggalakkan satu situasi di mana rakyat dahagakan maklumat dan langsung tidak mempercayai pemberitaan media arus perdana. Ianya sebelum ini sudah pun terbukti di dalam beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam negara.
Ia turut menyumbang punca populariti platform-platform media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia yang mana membawa penularan berita-berita palsu.
Kita sudah melihat bagaimana media Malaysia telah memainkan peranan yang penting sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menangani penularan Wabak COVID-19.
Dalam hal ini, media dan petugas akhbar berdiri sebarisan dengan frontliners atau barisan hadapan seperti doktor, jururawat dan anggota-anggota badan beruniform lain berdiri menjalankan tugas mereka dan membuat laporan tanpa mengira keadaan.
Penulis, yang berulang kali menekankan pentingnya penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) melihat usaha menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama bagi mendukung piawaian kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme, dan menyediakan ruang untuk timbang tara aduan awam.
Maka, langkah seterusnya adalah untuk menjadikan badan pengawalseliaan itu sebagai suatu realiti.
Penubuhan majlis media yang sifatnya terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media, sekali gus menyumbang kepada kredibiliti organisasi media berita khususnya media arus perdana.
Penulis melihat, penubuhan majlis ini wajar disegerakan atas hujah bahawa ia melindungi dan menaik tarafkan profesion kewartawanan media perdana; khususnya cabaran digital yang terpaksa mereka tempuhi dari segi pemberitaan serta impak platform-platform media sosial.
Perlu diingatkan bahawa impak ini, skalanya bukan kecil, sebaliknya media sosial memberikan satu tekanan yang amat mendalam bukan sahaja trend media sosial itu sendiri yang banyak cenderung kepada politik kebencian dan elemen-elemen hasutan serta fitnah. Malah, ia kerap kali diburukkan dengan faktor-faktor berita palsu yang mempunyai elemen mis-information, dis-informtion dan mal-information.
Faktor kedua, penubuhan majlis media akan meningkatkan lagi imej, kualiti dan profesionalisme industri media tanah air.
Di dalam cabaran media sosial yang pantas maklumatnya, tetapi pada masa sama, kesahihannya kandungannya diragui, media massa dan golongan wartawan arus perdana masih relevan sebagai penjana berita semasa.
Maka, di sini, soal kredibiliti yang perlu ditekankan. Sekiranya, kredibiliti dan ketelusan dari segi pemberitaan wujud, sudah tentu rakyat akan merujuk kembali kepada media perdana untuk kesahihan sumber.
Ambil contoh, di negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, hampir tiada platform media talian persendirian yang meraih populariti kerana rakyat percaya terhadap pemberitaan media arus perdana.
Dalam pada itu, persoalan siapa yang wajar mengendalikan majlis ini turut sama perlu mendapat perhatian dan difikirkan lebih awal jika ia menjadi realiti kelak. Sama ada ia harus dikendalikan sepenuhnya oleh pengamal media atau persatuan-persatuan media yang sedia ada seperti Malaysia Press Institute (MPI); Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA); IOJ dan National Union of Journalist (NUJ), ia wajar ditangani dengan bijak. Hal ini penting bagi mengelak timbulnya prasangka dalam kalangan masyarakat terhadap fungsi sebenar badan bebas ini nanti.
Malah, ia juga penting bagi memastikan badan pengawal selia media itu digerakkan berasaskan konsep dipacu oleh industri dan bukan didorong haluan oleh kerajaan. Kita tidak mahu nanti masyarakat berasa media masih dikawal oleh kerajaan.
Pada hemat penulis, mereka yang mengendalikan majlis ini lebih elok datangnya daripada komuniti wartawan itu sendiri. Lebih molek, jika ia dapat ditambah satu unit khas atau bahagian pengurusan pematuhan media perlu dibentuk menerusi majlis itu bagi mendengar rungutan berhubung laporan yang tidak seimbang atau berat sebelah.
Bagi menjaga integriti profesion kewartawanan, agaknya lebih baik kita membuat kawalan dalaman daripada kita dikawal dari luar. MMM juga boleh berperanan sebagai satu badan yang berupaya mengawal selia dan menetapkan peraturan supaya boleh dirujuk oleh wartawan dan editor di bawah satu payung.
Kedua, bagi menyahut cabaran penularan berita palsu, sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk menimbang semula untuk mewujudkan kembali Akta Antiberita Tidak Benar. Dalam dekad dan cabaran serba baharu, syor ini mungkin boleh difikirkan semula.
Persoalan menangani bagaimana untuk menangani berita palsu ini amat kritikal sekali. Apatah lagi di waktu krisis seperti penularan wabak COVID-19 atau sebarang bencana dan malapetaka lain. Kepentingannya, mana-mana pihak diingatkan agar tidak mengeluarkan fakta atau kenyataan yang boleh mengundang panik dalam kalangan rakyat ketika mana dalam keadaan negara menghadapi penularan pandemik COVID-19.
Dalam keadaan seperti ini, Akta Antiberita Tidak Benar tidak harus dilengahkan kerana semakin hari dilengahkan, semakin menimbun berita-berita palsu akan bakal akan wujud dalam haox di konteks Malaysia.
Trend ini sudah pun menular di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sehingga wujudnya begitu banyak himpunan laman-laman haox. Maka, amat perlu kita usahakan kembali akta ini dan usah dilihat ia sebagai halangan kepada soal kebebasan bersuara.
Di sebalik itu semua, peranan dan tanggungjawab media di negara ini tidak boleh diukur dengan Indeks Kebebasan Media Sedunia, Ini kerana skop dan definisi kebebasan media bagi Reporters Without Borders atau mana-mana badan sudah pasti berbeza dengan tuntutan masyarakat di negara ini. Sudah pasti, cabaran dan realiti sebenar kebebasan media di Malaysia tidak sama dengan di negara Asean, tidak juga mirip di negara Barat seperti Amerika Syarikat.
*Prof Madya Dr Sara Chinnasamy juga Penganalisis Politik & Media Sosial, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Sara Chinnasamy
Tue May 05 2020
Sepanjang PKP, media dan petugas akhbar berdiri sebarisan dengan frontliners atau barisan hadapan seperti doktor, jururawat dan anggota-anggota badan beruniform lain berdiri menjalankan tugas dan membuat laporan tanpa mengira keadaan.- Gambar fail
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.