KUALA LUMPUR: Kejayaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di tanah air menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH604) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad memberi sinar buat rakyat Malaysia selepas lebih setahun berperang dengan pandemik itu.
Di sebalik kejayaan itu, pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh pasukan yang terlibat dalam operasi itu termasuk penyedia perkhidmatan penghantaran antarabangsa, DHL Express.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express Asia Pasifik, Ken Lee, proses penghantaran itu dilakukan dengan kerjasama anak syarikat kargo Malaysia Aviation Group, MABkargo Sdn Bhd (MASkargo).
"Salah satu cabaran utama yang dihadapi dalam pengiriman vaksin COVID-19 adalah syarat suhu vaksin yang ketat. Vaksin itu dihantar dalam pembungkusan pengirim haba yang direka khas oleh pengeluar.
"Setiap kotak vaksin diletakkan ais kering untuk mengekalkan suhu, memungkinkan penggunaannya di lokasi yang tidak memiliki infrastruktur fizikal untuk mengekalkan suhu yang diperlukan," kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan.
[LAPORAN PENUH VAKSIN COVID-19 DI SINI]
Setiap kotak vaksin juga, jelas beliau, turut dilengkapi dengan penjejak suhu teknologi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang canggih untuk pemantauan sepanjang penerbangan.
Dalam pada itu, Ken Lee berkata, DHL Express di rangkaian seluruh dunia sentiasa bekerja dalam satu pasukan bagi menyampaikan peralatan perlindungan diri, keperluan perubatan dan harian termasuk pengiriman vaksin COVID-19.
"Sejak tahun lalu, pasukan kami di seluruh dunia benar-benar mewujudkan semangat satu pasukan bersama-sama untuk menyampaikan peralatan pelindung diri, keperluan perubatan dan keperluan harian kepada masyarakat yang memerlukan.
"DHL Express kini meningkatkan tujuan kami menghubungkan masyarakat dan memperbaiki kehidupan dengan penyampaian vaksin COVID-19 ke negara-negara termasuk penghantaran pertama ke Timur Tengah dan sekarang ke Malaysia," jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, DHL Medical Express memiliki kelengkapan yang mematuhi syarat, kualiti, keselamatan, kepantasan dan kebolehpercayaan untuk mengangkut dan menyampaikan vaksin ke seluruh dunia.
Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo pula berkata, menerusi penghantaran kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia memberi harapan untuk tahun 2021 yang baik.
"Mengatur penyaluran kepada banyak pihak dalam waktu yang singkat adalah operasi yang sangat kompleks, tetapi kami telah bersiap sedia dan berbangga dapat membantu.
"Sejak bermulanya wabak ini, DHL Express telah memanfaatkan pengalaman dan kepakaran kami yang luas untuk membantu mengekalkan integriti rantaian bekalan penjagaan kesihatan, memastikan bekalan penting dan peralatan perlindungan menjangkau komuniti dan pihak berkepentingan perubatan yang memerlukan," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Feb 21 2021
Vaksin Pfizer-BioNTech ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik DHL Express sebaik mendarat di KLIA pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025
Malaysia Airlines menjangkakan penghantaran lima pesawat Airbus A330neo menjelang suku pertama 2025, selepas ketibaan A330neo pertamanya bulan depan.
'Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG
Keputusan sukar telah diambil dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu bagii menyusun semula organisasi secara menyeluruh.
Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025
Laluan ini akan menggunakan pesawat A350-900, menjanjikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia.
Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!
Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.
Kerajaan akan pastikan Malaysia Airlines buat 'comeback'
Kerajaan komited untuk menyelamatkan Malaysia Airlines dalam apa jua keadaan dan akan memastikan syarikat penerbangan negara itu membuat "comeback".
MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke
Kementerian Pengangkutan sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung insiden pesawat MH66 berpatah balik.