PUTRAJAYA: Bapa lima anak terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh isterinya, lima tahun lepas.
Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim yang menolak rayuan bekas pendawai elektrik, Taufeeq Mohsein Ahmad Tahir, 38, berkata sabitan terhadap perayu adalah selamat.
Hadhariah yang membacakan keputusan sebulat suara berkata saksi pendakwaan ke-12 (SP12) dan SP13, yang merupakan anak kepada tertuduh dan si mati adalah saksi mata dan Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan fakta bahawa kedua-dua saksi itu adalah saksi yang boleh dipercayai.
Mengenai hukuman, hakim itu berkata mahkamah mengguna pakai Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman mati atau penjara.
"Oleh itu, mahkamah mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkap (7 Julai 2019) dan 12 sebatan rotan," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.
Taufeeq Mohsein merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2022 yang menjatuhkan hukuman mati ke atasnya selepas didapati bersalah membunuh Siti Noorasny Md Zain di PPR Desa Tun Razak, Cheras antara 8 malam, 6 Julai 2019 hingga 2.48 pagi, keesokannya (7 Julai 2019), mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, peguam M. Manoharan yang mewakili Taufeeq Mohsein berhujah tiada bukti menunjukkan dua beradik itu (SP12 dan SP13) melihat kejadian yang berlaku kerana kedua-dua saksi tersebut tidak dapat memastikan apa yang berlaku pada hari berkenaan.
Menurut peguam itu, wujud keraguan serius sama ada kecederaan atau terdapat perkara lain yang menyebabkan kematian si mati berikutan laporan kimia dan bedah siasat jelas menunjukkan terdapat dadah pada darah dan hempedu si mati.
"Si mati adalah penagih dadah dan kemungkinan dadah yang diambil oleh si mati boleh menyebabkan kematian," katanya yang mengendalikan kes bersama peguam Johan Ariff dan M.Hariharan.
Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang pula berhujah bahawa terdapat 51 kecederaan pada si mati dan ia disokong oleh keterangan SP11 iaitu pakar patologi yang melakukan bedah siasat ke atas tubuh si mati.
"SP11 dalam keterangannya berkata corak kecederaan pada si mati disebabkan oleh objek tumpul seperti buluh pelita dan bukan kerana si mati terjatuh sendiri. SP11 berpendapat punca kematian si mati adalah 'multiple blunt force trauma to the body'," katanya.
Eyu berkata keterangan daripada SP12 dan SP13, yang merupakan saksi kanak-kanak, menunjukkan bapa mereka memukul, menumbuk dan menendang si mati.
"SP12 melihat perayu memegang buluh pelita dan memukul si mati dengan buluh pelita itu manakala SP13 melihat bapanya menumbuk dan menendang ibu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024

Hadhariah yang mengetuai panel tiga hakim yang menolak rayuan bekas pendawai elektrik, Taufeeq Mohsein Ahmad Tahir, 38, berkata sabitan terhadap perayu adalah selamat. -Gambar hiasan/Pexels

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bunuh isteri: Bapa lima anak terlepas hukuman gantung, dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Mahkamah mengguna pakai Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman mati atau penjara.