SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.
Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu terhadap Dr Dharma Danny Ferns, 36; P Vengadesvaran, 35, (bekas penjual ikan) dan R S Sathya Deepan, 34, (bekas pengurus pemasaran) selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh bagi kesalahan membunuh.
"Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh dipanggil untuk membela diri. Liabiliti kesemua tertuduh dibentukkan kerana niat bersama mereka menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dibuktikan secara inferens daripada keterangan mengikut keadaan," katanya yang menetapkan 8 hingga 12 Jan 2024 untuk mereka membela diri.
Terdahulu, mahkamah melepaskan dan membebaskan seorang lagi tertuduh Mohd Hafiz Abdul Kadar, 37, bekas peniaga kantin, atas pertuduhan sama selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh A Angu berusia 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Jalan Dawn 1, Taman Dawn, di sini, antara 9 malam hingga 10.30 malam, pada 16 Mac 2019.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Seramai 29 saksi dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula akhir 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun dan Ala'uddin Baharom manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Jaya Prakash Rao, Paul Krishna Raja, Amy Chong dan Selvan Shanmurgam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh bagi kesalahan membunuh. - Gambar/ Sinar Harian
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.
Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tikus, di sini semalam.
Bunuh kerat lapan, bekas banduan akhir insaf, mahu berbakti
Pembunuhan yang dilakukan dengan mengerat mangsa kepada lapan bahagian sesuatu yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan, malah amat disesali Khairul Anuar Zakaria, 64.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.
Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.
Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Farah Kartini tangguh tiga bulan
Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 10 Disember depan bagi sebutan kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 September 2024.
Lelaki rentung: Polis tahan suspek kes bunuh
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Sitiawan sehingga menyebabkan seorang lelaki rentung.