SHAH ALAM: Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di Ampang dan Serdang menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang serta bumbung diterbangkan angin.
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan bumbung diterbangkan angin di Taman Ampang Hilir, Ampang, pada jam 4.49 petang.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati bumbung di flat dan bumbung gerai di kawasan tersebut diterbangkan angin telah menghalang laluan masuk ke kawasan perumahan teres.
"Kita mengalihkan bumbung yang menghalang laluan tersebut bersama dengan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam.
"Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat dan tiada lagi unsur yang mengancam keselamatan penduduk, tindakan selanjutnya diserahkan kepada MPAJ dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
Ahmad Mukhlis berkata, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama jentera dari BBP Serdang pergi ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 petang.
"Setibanya di lokasi, kita mendapati sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza dihempap pokok.
"Kita berjaya mengalihkan dahan pokok itu, tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut," katanya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023
![Bumbung terbang, kereta dihempap pokok Bumbung terbang, kereta dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693143105_ribut.jpg)
Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di Ampang dan Serdang menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang serta bumbung diterbangkan angin. - Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![20 rumah rosak dibadai ribut 20 rumah rosak dibadai ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712280474_kerosakanbumbungjp.jpg)
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
![Bumbung terbang, kereta dihempap pokok Bumbung terbang, kereta dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693143105_ribut.jpg)
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
![Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653091825_GermanyWeather.jpg)
Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman
Puting beliung menerbangkan bumbung, menumbangkan pokok dan membuatkan serpihan terbang sejauh beberapa kilometer.
![Pokok tumbang, bumbung terbang susulan angin kencang dan hujan lebat di P. Pinang Pokok tumbang, bumbung terbang susulan angin kencang dan hujan lebat di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644324240_Pokoktumbangbumbu.jpg)
Pokok tumbang, bumbung terbang susulan angin kencang dan hujan lebat di P. Pinang
Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di Pulau Pinang menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung terbang.
![Tidak sempat kenduri, angin ribut terbangkan persiapan Tidak sempat kenduri, angin ribut terbangkan persiapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573274800_TBRIBUTKENDURI.jpg)
Tidak sempat kenduri, angin ribut terbangkan persiapan
Ketika dia hendak mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan turun, angin tiba-tiba bertiup kencang menyebabkan bumbung rumahnya tercabut dan berterbangan.
![Kanak-kanak 4 tahun nyaris diterbangkan ribut Kanak-kanak 4 tahun nyaris diterbangkan ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553668212_BUAIANTERBANG.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun nyaris diterbangkan ribut
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam buaian nyaris diterbangkan dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Baru, Lomboh, Tambung Tulang, di sini pada Selasa malam.
![Insiden bumbung rosak: Stesen LRT Kelana Jaya beroperasi semula Insiden bumbung rosak: Stesen LRT Kelana Jaya beroperasi semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520161564_LRT.jpg)
Insiden bumbung rosak: Stesen LRT Kelana Jaya beroperasi semula
Sepanjang penutupan, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.
![13 rumah rosak, bumbung diterbangkan angin kencang 13 rumah rosak, bumbung diterbangkan angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515308303_RibutKudat.jpg)
13 rumah rosak, bumbung diterbangkan angin kencang
Seramai 61 penduduk membabitkan 13 buah keluarga menempuh detik cemas selepas kediaman yang dihuni mereka mengalami kerosakan akibat ribut di Kampung Landung Ayang, pada Sabtu.