Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam buaian nyaris diterbangkan dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Baru, Lomboh, Tambung Tulang, di sini pada Selasa malam.
Sebelum kejadian mendebarkan itu, ribut kencang beserta hujan lebat yang melanda lebih setengah jam turut menerbangkan seluruh bumbung kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan.
Menurut bapa kanak-kanak tersebut, Mahadzir Hasan, 38, anaknya itu nyaris diterbangkan ribut beberapa minit selepas dia diangkat dari buaian.
Kata Mahadzir, ketika kejadian juga dia dan isterinya sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka sementara anaknya, Damia Haziqah berada dalam buaian.
Tiga orang lagi anaknya bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu.
"Anak saya berada dalam buaian semasa ribut dan lima minit selepas ribut isteri saya turun untuk mengangkatnya. Mujur isteri saya cepat angkat anak kerana kalau tidak anak saya dibawa (diterbangkan) dengan buaian," kata Mahadzir.
Selain seluruh bumbung rumahnya yang diterbangkan sejauh 300 meter ke dalam sawah, ribut yang melanda juga menerbangkan kipas angin serta buaian yang diikat pada alang rumah.
Ribut yang melanda kampung berkenaan turut menerbangkan bumbung tiga buah rumah lain yang berhampiran.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sementara kerugian dianggarkan berjumlah RM100,000 bagi kerosakan yang dialami keeempat-empat rumah berkenaan.
Mahadzir berkata, kejadian yang kali pertama berlaku di kawasan itu turut menyebabkan mereka trauma.
Salim Aziz
Wed Mar 27 2019

Antara bumbung rumah yang diterbangkan dalam kejadian ribut di Kampung Baru, Lomboh, Tambung Tulang, Arau, Perlis pada Selasa malam. - Gambar Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.

Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman
Puting beliung menerbangkan bumbung, menumbangkan pokok dan membuatkan serpihan terbang sejauh beberapa kilometer.

Pokok tumbang, bumbung terbang susulan angin kencang dan hujan lebat di P. Pinang
Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di Pulau Pinang menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung terbang.

Tidak sempat kenduri, angin ribut terbangkan persiapan
Ketika dia hendak mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan turun, angin tiba-tiba bertiup kencang menyebabkan bumbung rumahnya tercabut dan berterbangan.

Kanak-kanak 4 tahun nyaris diterbangkan ribut
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam buaian nyaris diterbangkan dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Baru, Lomboh, Tambung Tulang, di sini pada Selasa malam.

Insiden bumbung rosak: Stesen LRT Kelana Jaya beroperasi semula
Sepanjang penutupan, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.

13 rumah rosak, bumbung diterbangkan angin kencang
Seramai 61 penduduk membabitkan 13 buah keluarga menempuh detik cemas selepas kediaman yang dihuni mereka mengalami kerosakan akibat ribut di Kampung Landung Ayang, pada Sabtu.