KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini melancarkan buku cerita dan ilustrasi bertajuk Yasmin dan Adam yang menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme.
Beliau berkata buku yang dicetuskan daripada idea asal beliau itu diterbitkan bagi memperkukuhkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak seawal usia empat tahun dan peringkat prasekolah.
"Buku ini adalah penghargaan kepada murid-murid berkeperluan khas yang sangat dekat di hati saya. Buku ini telah mendapat tumpuan khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri iaitu disemak dan dipastikan kandungan, bahasa dan aktivitinya agar ia sesuai dengan golongan itu.
"Ciri-ciri di dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak austisme adalah kerana bahasa, keserasian, aktiviti dan pengenalan khusus untuk ibu bapa yang ingin memperkenal dan meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan golongan itu dengan rakan lain," katanya.
Fadhlina berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku tersebut dan Sesi Ceritalah Lagi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini. Turut hadir Sasterawan Negara ke-14 Datuk Dr Siti Zainon Ismail.
Fadhlina berkata buku bergambar setebal 32 muka surat berharga RM15, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mendapat sokongan Bahagian Pendidikan Khas KPM bertujuan menonjolkan pengkaryaan golongan muda.
"Hari ini, bersama saya adalah penulis buku Nurshuhada Abdullah, seorang anak muda yang cukup kreatif dan banyak membantu menghasilkan karya ini. Karya anak muda diangkat dan bakat mereka dapat dipertontonkan selain mesej yang disampaikan amat penting," kata Fadhlina.
Menurut beliau penghasilan buku cerita dan ilustrasi itu bermula sejak setahun lepas ketika beliau mula menerajui KPM dengan tumpuan khas diberikan terhadap agenda kanak-kanak dan pelajar berkeperluan khas.
"Pemilihan tajuk buku ini signifikan kerana Yasmin merupakan nama anak bongsu saya yang banyak memberikan inspirasi dan amat rapat dengan saya. Sementara Adam pula, nama yang biasa kita dengar dalam mana-mana kelas," katanya.
Mengulas PBAKL 2024 yang berlangsung selama 10 hari bermula 24 Mei sehingga 2 Jun, Fadhlina berkata hari pertama pesta itu dihadiri 140,000 pengunjung manakala pada hari kedua meningkat kepada 200,000 pelawat dengan lebih 80 peratus adalah orang muda.
"Terdapat peningkatan rakyat Malaysia membaca dalam setahun iaitu daripada 14 kepada 24 buku dan ciri-ciri bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua, kiri) melakukan gimik pelancaran Buku Yasmin dan Adam di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Buku Yasmin dan Adam dilancarkan, tumpu anak autisme - Fadhlina
Buku cerita dan ilustrasi Yasmin dan Adam dilancar dengan menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme.