Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menerbitkan sebuah buku khusus bagi menjawab sebarang persoalan berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Buku setebal 62 muka surat bertajuk '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' itu merupakan koleksi jawapan yang telah dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, serta Presiden juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Menurut petikan prakata buku berkenaan, ia dikarang bertujuan memberi penjelasan secara ringkas dan mudah difahami tentang isu melibatkan 1MDB.

Selain itu, ia diolah sehampir mungkin dengan bahasa rakyat dan turut dibantu dengan infografik agar lebih mudah difahami.

Versi kemas kini akan turut dikeluarkan di masa hadapan bergantung kepada keperluan dan perkembangan semasa, menurut prakata itu lagi.

Buku tersebut turut diedarkan kepada orang ramai pada malam Amanat Hari Kebangsaan 2015 yang dirasmikan Najib di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.

Penerbit buku berkenaan, JASA ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab'




1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab'




1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab'



Antara isi kandungan buku '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab'