Pada zaman sekarang yang serba canggih dan dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi, bukan sahaja Mesin Teler Automatik (ATM) digodam, malah, penipuan kad kredit turut berleluasa, sehingga menimbulkan keraguan terhadap keselamatan urusan perbankan.
Walaupun amaran demi amaran telah diberikan oleh pihak berkuasa untuk sentiasa berwaspada, ada sahaja pihak yang menjadi mangsa sindiket seperti ini saban hari.
Sindiket penipuan kad kredit yang terkini sering menggunakan nama RHB Banking Group.
Nyaris kehilangan beribu ringgit
Roslinda Tajul Ariffin tidak sangka dirinya akan menjadi sasaran sindiket penipuan kad kredit itu, namun itulah yang berlaku di dalam hidupnya apabila nyaris menjadi mangsa kegiatan itu.
Menceritakan pengalaman yang pahit itu, Roslinda berkata dia menerima suatu panggilan yang mengatakan dia telah membuat transaksi berjumlah RM3,200 dari kad kredit RHB Banking Group miliknya.
“Saya terkejut dengan maklumat itu kerana saya tidak mempunyai akaun dengan bank RHB. Apabila saya sampaikan maklumat tersebut, saya diminta memberikan nombor IC dan nama saya.
“Selepas itu, saya dimaklumkan bahawa sebuah kad kredit RHB telah dipohon atas nama saya dengan tunggakan sebanyak RM6,320 setakat ini. Saya terus meminta kad itu dibatalkan kerana ia bukan milik saya.
“Selepas berjanji kad itu akan dibatalkan, saya diminta membuat laporan curi ke Bank Negara. Tetapi sebelum itu, saya telah diminta memberikan semua maklumat tentang perihal perbankan saya,” katanya kepada Astro AWANI.
Di atas sebab untuk mahu menyelesaikan kes ini dengan segera, Roslinda memberi semua maklumat yang diminta dan disuruh tidak sebarkan perkara ini supaya tidak menjejaskan siasatan.
“Setelah selesai, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dari Bank Negara untuk siasat kes saya. Pegawai itu berkata semua maklumat perbankan saya juga akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara.
“Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun-akaun saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya.
“Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan sebelum bergegas semula ke bank berhampiran.
“Sewaktu menunggu giliran saya di bank, timbul keraguan apabila pegawai yang masih di talian telefon itu, berkata sekiranya pegawai bank bertanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa-apa dan hanya cakap ianya kes kecemasan,” katanya.
Dengan perasaan tidak sedap hati, Roslinda keluar dari bank itu dan tidak melakukan transaksi yang disuruh.
“Saya kemudian menghubungi bahagian aduan Bank Negara dan menceritakan situasi yang dihadapi. Saya diberitahu itu adalah modus operandi penipuan masa kini dan dah ramai yang sudah terkena,” katanya.
Roslinda hanyalah salah satu daripada mangsa penipuan kad kredit yang semakin menular pada masa sekarang.
Seorang lagi yang hampir menjadi mangsa sindiket itu, berkata isterinya turut menerima panggilan yang sama daripada bank RHB.
“Isteri saya menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai RHB dan dimaklumkan bahawa subuah kad kredit di bawah namanya telah digunakan untuk transaksi RM6,000.
“Selepas diberitahu bahawa dia tiada akaun dengan RHB, dia disuruh mengeluarkan semua wang dari akaunnya dan memasukkannya di dalam sebuah akaun Bank Negara. Isteri saya telah mengelak panggilan dari nombor telefon tersebut," katanya.
RHB sedang bekerjasama dengan polis
Sementara itu, RHB Banking Group berkata pihaknya sedar akan penipuan telefon itu dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu.
“Kami juga telah menerbitkan dan mengepos amaran kepada para pelanggan untuk menyedarkan mereka tentang penipuan seperti itu di laman Facebook kami dan laman web kamiwww.rhbgroup.com,” kata RHB dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, RHB menegaskan bahawa ia tidak akan meminta pemindahan dana ke dalam mana-mana akaun pihak ketiga.
“Orang ramai perlu menolak mana-mana permintaan tersebut dan segera melaporkan kejadian itu kepada kami di 603-92068118.”
Nasihat Polis
Pihak polis mengesahkan di Kuala Lumpur sahaja setakat 23 laporan penipuan kad kredit telah diterima pada tahun lepas melibatkan RM178,000 dan setakat bulan Ogos 2014, 14 laporan penipuan kad kredit telah diterima melibatkan RM148,000.
“Jika anda menerima panggilan yang mengatakan anda telah menggunakan sesuatu kad tetapi anda tidak pernah menjadi ahli kad itu, sila laporkannya kepada pihak Bank Negara atau sila laporkannya kepada pihak polis,” kata jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur.
Nasihat Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengingatkan semua individu yang mempunyai akaun bank supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan mereka kepada pihak ketiga.
Menurut BNM, bank atau pihak berkuasa yang berkenaan TIDAK AKAN meminta sebarang maklumat peribadi seperti itu, melalui panggilan telefon.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti penipuan kewangan/kad kredit, sila layari http://fraudalert.bnm.gov.my .
T K Letchumy Tamboo
Thu Oct 02 2014
Kini bukan sahaja Mesin Teler Automatik (ATM) digodam, malah, penipuan kad kredit turut berleluasa.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA Terminal 1, 2 tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
Bukan sahaja ATM digodam, penipuan kad kredit pun berleluasa
Kini bukan sahaja Mesin Teler Automatik (ATM) digodam, malah, penipuan kad kredit turut berleluasa.