GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bukan nama George Town sahaja perlu ditukar jika dianggap mempunyai kaitan dengan penjajah kerana terdapat nama tempat di negeri lain yang mempunyai warisan dan legasi penjajah.
Beliau berkata isu berhubung nama George Town sebagai ibu negeri sering dibangkitkan dan pihaknya sudah memberi penjelasan berhubung perkara itu sebelum ini.
"Lain-lain nama (pun) ada warisan legasi zaman penjajah dan kita telah banyak kali jawab berhubung isu itu (George Town ditukar kepada Tanjung Penaga), kalau mahu tukar semua nama atau warisan penjajah dihapuskan atas bumi Malaysia ini satu keputusan besar.
"Bukan sekadar George Town sahaja warisan British malah ada juga warisan Portugal, Belanda dan lain-lain di bumi Malaysia serta ada juga banyak warisan bangsa lain selain bangsa tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival George Town 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pas Pulau Pinang yang menggesa kerajaan negeri mengembalikan nama asal George Town iaitu Tanjung Penaga yang melambangkan 'identiti Malaysia'.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebelum nama Pulau Pinang popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali negeri ini dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.
Dipercayai nama atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan hingga tahun 1800.
Portal itu memaklumkan sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada bandar George Town.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Chow berkata isu berhubung nama George Town sebagai ibu negeri sering dibangkitkan dan pihaknya sudah memberi penjelasan berhubung perkara itu sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.

Dua pelancong warga China maut, kenderaan dihempap pokok, konkrit
Dua pelancong warganegara China maut akibat tersepit di dalam kenderaan yang dihempap sebatang pokok yang tumbang bersama runtuhan konkrit.

Cadangan zon pejalan kaki di George Town perlu kajian terperinci - Exco
Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membuat kajian terperinci berhubung cadangan menjadikan beberapa jalan popular di bandar raya George Town sebagai zon pejalan kaki.

Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.

Bukan hanya George Town punya warisan dan legasi penjajah - Chow
Bukan nama George Town sahaja perlu ditukar jika dianggap mempunyai kaitan dengan penjajah kerana terdapat nama tempat di negeri lain yang mempunyai warisan dan legasi penjajah.

George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.

Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.

Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.

Lelaki terjun sungai lari dari polis ditemui lemas
Seorang lelaki yang sebelum ini lari dari polis dan dipercayai bertindak terjun ke Sungai Dungun pada Khamis ditemukan lemas.

Kerani syarikat penguji emas didakwa pecah amanah RM445,815
Seorang kerani di sebuah syarikat penguji emas menghadapi 133 pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah keseluruhan RM445,815.