KUALA PERLIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun melecur pada bahagian belakang badan, tangan kiri dan kedua-dua kaki akibat kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Seberang Alur di sini petang tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Bomba Norazwan Hashim berkata kanak-kanak itu yang melecur pada tahap 30 hingga 40 peratus kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.15 petang dan jentera bomba tiba di lokasi enam minit kemudian.
"Rumah pertama musnah 90 peratus manakala rumah kedua musnah 60 peratus. Api dapat dikawal sepenuhnya pada 5.54 petang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Menurut Norazwan berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai bermula dari bahagian dapur rumah pertama sebelum merebak ke rumah kedua, namun kepantasan pihak bomba mengawal api dapat menghalang kebakaran merebak ke rumah lain.
"Di rumah pertama terdapat tiga kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang melecur itu manakala rumah kedua tiada penghuni ketika kejadian berlaku," katanya.
Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 40 anggota bomba dan punca kejadian serta nilai kerugian masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun melecur pada bahagian belakang badan, tangan kiri dan kedua-dua kaki akibat kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Seberang Alur petang tadi. - Foto hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Budak lelaki melecur akibat kebakaran
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun melecur pada bahagian belakang badan, tangan kiri dan kedua-dua kaki akibat kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Seberang Alur petang tadi.