KUALA LUMPUR: Polis menahan pasangan suami isteri kerana disyaki mendera dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai seorang kanak-kanak lelaki disyaki mangsa dera cuba keluar dari bangunan empat tingkat melalui tingkap untuk melarikan diri, pada 4.40 petang.
Katanya, polis telah hadir ke tempat kejadian dan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menyelamatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang berada di dalam rumah seorang diri.
"Hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan, kaki dan tangan dipercayai akibat didera.
"Sehubungan itu, polis menahan ibu saudara mangsa dan suaminya masing-masing berusia 33 tahun dan 29 tahun. Hasil siasatan juga mendapati wanita tersebut merupakan adik kepada ibu kandung mangsa dan tiada rekod jenayah lampau manakala suaminya bekerja sebagai seorang pemandu e-hailing dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.
"Saringan air kencing juga mendapati suspek negatif sebarang jenis dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, polis turut mengesan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang merupakan adik kepada mangsa.
Polis turut mendapati terdapat kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan.
"Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.
"Difahamkan, kedua-dua mangsa tinggal dengan pasangan itu sejak dua tahun selepas bapa kandung mereka meninggal dunia kerana ibu kandung tidak mahu menjaga dua mangsa ini.
"Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang pada 17/09/2022 untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah," jelasnya.
Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebih RM 20,000 atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Astro Awani
Fri Sep 16 2022
![Budak lari ikut tingkap akibat didera, pasangan suami isteri ditahan Budak lari ikut tingkap akibat didera, pasangan suami isteri ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663344569_deraTamanCahaya.jpg)
Polis telah hadir ke tempat kejadian dan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak JBPM untuk menyelamatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang berada di dalam rumah seorang diri. - Foto ihsan polis
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736235697_TBSUDUPANAS.jpg)
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.
![Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000 Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733656013_IbuDeraAnakkamb.jpg)
Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.
![Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732771623_SitiBainunjpg.jpg)
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
![Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731480866_TBMahkamah.jpg)
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
![Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728966373_kesderaanakperak.jpg)
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
![Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725941510_tbmenderaanakkandu.jpg)
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
![Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725710617_AdlyZahari.jpg)
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
![Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725680845_pengasuhderaadik.jpg)
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
![Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725510061_ShadowHand.jpg)
Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.
![Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.