AYER KEROH: Hanya kerana muntah di atas sofa kesayangan kekasih ibunya, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang kurang sihat, maut dipercayai dipukul lelaki itu di sebuah rumah di Cheng, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki terbabit mengaku menendang dan menekan perut mangsa berkali-kali secara agresif.
“Suspek dipercayai menekan perut mangsa secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai selepas mangsa muntah di atas sofa kesayangannya.
"Akibat perbuatannya itu, tengkorak dan organ dalam perut mangsa pecah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, katanya lelaki berkenaan dan ibu mangsa ditahan dan direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 13 Julai ini terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dan wanita berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana bunuh dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Mengulas lanjut, Christopher berkata, pasangan itu ditahan ketika menghantar kanak-kanak itu menerima rawatan di Hospital Melaka semalam.
Katanya, sebelum kejadian, ibu kandung mangsa menghantar anaknya itu ke rumah teman lelakinya yang bekerja sendiri pada pukul 5.30 pagi semalam untuk berubat selepas kerap mengalami muntah-muntah.
“Lebih kurang pukul 6.20 pagi, suspek wanita telah dihubungi oleh teman lelakinya beritahu mangsa telah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum wanita itu kemudian mengambil mangsa dan teman lelakinya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan dan siasatan awal kemudian dijalankan, mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa,” katanya.
Tambahnya, mayat kanak-kanak itu kemudian di bawa ke Unit Perubatan Forensik dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala dan badan.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jul 07 2023

Perintah tahanan reman sehingga 13 Julai ini terhadap wanita berusia 24 tahun dan kekasihnya yang berusia 25 tahun, dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Budak 3 tahun maut ditendang, ditekan perut selepas muntah atas sofa kesayangan kekasih ibu
Hanya kerana muntah di atas sofa kesayangan kekasih ibunya, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang kurang sihat, maut dipercayai dipukul lelaki itu di sebuah rumah di Cheng, awal pagi semalam.