PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menawarkan peluang memenangi pelbagai ganjaran lumayan setiap bulan termasuklah RM1 juta kepada pemenang Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
Ketua Pegawai Perniagaannya, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, inisiatif yang dilaksanakan ini adalah untuk membina asas kewangan yang kukuh sekali gus memberi galakkan kepada orang ramai terus menabung dan menyimpan dalam BSN SSP.
“Mudah sahaja nak menyimpan dalam BSN SSP. Hanya simpan serendah RM10, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk layak memenangi RM1 juta pula, simpanan minimum RM3,000 diperlukan.
“Masih sempat lagi untuk anda di luar sana menyimpan dalam BSN SSP dan berpeluang bergelar jutawan. Selain hadiah RM1 juta setiap bulan, kami juga bawa kembali kereta mewah BMW, baucar percutian domestik bernilai RM5,000, kereta Perodua Myvi, barangan mewah dan pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mujibburrahman menambah: “Untuk bulan ini BSN SSP akan diadakan di Kuantan Parade, Pahang pada 26 September hingga 1 Oktober depan. Anda dijemput hadir untuk menyaksikan proses cabutan yang akan melahirkan jutawan seterusnya.”
Setakat Ogos 2022, BSN telah melahirkan 79 jutawan dan terbaharu dimenangi oleh penyimpan berusia 73 tahun dari Melaka.
Manakala, sehingga Julai 2022, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak RM4.8 bilion.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Tue Sep 06 2022
Antara pemenang Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta
Remaja berusia 17 tahun dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang menjadi jutawan termuda dengan membawa pulang simpanan tunai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 September 2020.
Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.
Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.
Pasangan Malaysia sertai senarai kelab 'billionaire' Australia
Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.