ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 September 2020.
1. Tiga bintang PSG positif COVID-19, Neymar dipercayai salah seorang
Tiga pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang tidak dinamakan disahkan positif COVID-19.
Perkara itu diumumkan kelab tersebut pada Rabu menerusi perkongsian di Twitter rasmi mereka.
2. Ishiba dilihat calon terbaik ganti Shinzo Abe
Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba dilihat sebagai calon terbaik mengisi jawatan Perdana Menteri Jepun bagi menggantikan Abe Shinzo, hasil tinjauan oleh Agensi Berita Kyodo.
Figura berusia 63 tahun itu dilihat paling sesuai menggantikan Abe yang juga akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri itu sehingga pilihan raya pada bulan Oktober 2021.
3. Perjalanan antara Singapura - Brunei dibenarkan tanpa kuarantin
Penduduk Singapura dan Brunei boleh melakukan perjalanan antara kedua-dua negara hanya untuk tujuan perniagaan dan urusan rasmi sahaja.
Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua negara berkenaan bersetuju mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik, menurut kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Luar Singapura dan Brunei pada Selasa.
4. Bahana rasuah, Arab Saudi pecat Komander Tertinggi dan anaknya
Komander Tertinggi Arab Saudi, Leftenan Jeneral Fahad Turki Abdulaziz dan anaknya Putera Abdulaziz dipecat daripada jawatan mereka.
Menurut Saudi Press Agency, pemecatan itu susulan dakwaan mereka terlibat dalam salah laku rasuah.
5. Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diberi penghormatan ketenteraan
Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diiringi dengan istiadat ketenteraan sebagai tanda penghormatan dan berlangsung di New Delhi pada Selasa.
6. Malu ditinggalkan, jutawan upah pembunuh 'korban' isteri
Gara-gara malu ditinggalkan isteri masing-masing, seorang jutawan dan bapanya bertindak kejam apabila mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh isteri mereka.
Malah lebih mengejutkan, menurut polis Australia, jutawan Melbourne dan bapanya turut berkonspirasi menghapuskan seorang pastor Kristian yang memberikan kaunseling kepada salah seorang pasangan tersebut supaya meninggalkan suaminya.
7. Pelitup muka plastik tidak berkesan cegah COVID-19 - Kajian
Pesakit COVID-19 yang memakai pelindung muka plastik atau topeng yang dilengkapi dengan injap berpotensi menyebarkan virus ke kawasan yang sangat luas sewaktu bersin atau batuk.
Ini sekaligus menjadikan alat tersebut tidak berkesan untuk mencegah penyebaran COVID-19 jika digunakan tanpa pelitup mulut dan hidung biasa.
8. Jepun, Australia, India sepakat tingkatkan rantaian bekalan
Jepun, Australia dan India pada Selasa sepakat untuk meningkatkan sistem bekalan produk ekoran risiko gangguan rantaian bekalan produk dan komponen akibat penularan wabak COVID-19.
Ketiga-tiga negara itu berharap dapat mempelbagaikan rantaian bekalan di samping meningkatkan daya saing industri, lapor Jiji Press.
9. Ketua penyiasat, 'pembunuh' rejim Khmer Rouge meninggal dunia
Bekas ketua penyiasat dan orang yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan semasa rejim Khmer Rouge berkuasa di Kemboja meninggal dunia pada Rabu di Hospital Phnom Penh.
Kaing Guek Eav yang lebih dikenali sebagai Duch meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor AFP.
10. Taiwan pertimbang rekaan baharu pasport, bosan dianggap sebahagian dari China
Bosan sering disalah tafsir sebagai sebahagian daripada China, Taiwan pada hari Rabu mengumumkan akan membuat rekaan baharu bagi pasportnya.
Warga Taiwan mengalami masalah untuk memasuki negara lain kerana pasport Taiwan ditulis dengan perkataan "Republik China" dalam huruf besar di bahagian atas, manakala nama "Taiwan" dicetak di bahagian bawah.
Farhana Joni
Wed Sep 02 2020

10 berita pilihan antarabangsa sepanjang hari ini di Astro AWANI.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.