Sebuah bot tempatan disyaki terbabit dalam kejadian kapal tangki Jepun, Naniwa Maru 1 yang disamun lapan penjenayah di perairan Pelabuhan Klang dekat Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, awal pagi Selasa
lepas.
Ketua Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), Kapten Christopher Dass berkata berdasarkan siasatan melalui paparan pengesanan laut pada Sistem Pengawasan Laut mendapati, terdapat sebuah bot tempatan berada pada kedudukan sama dengan kapal tangki terbabit ketika kejadian itu.
Beliau juga berkata terdapat pergerakan dari bot itu namun enggan mendedahkan lokasi bot berkenaan selepas ia beredar dari tempat kejadian.
"Kita telah meneliti paparan pengesanan laut dan kita mengesyaki terdapat sebuah bot tempatan terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun, kita masih mengenal pasti pemilik bot terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada hari Khamis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 22 April lepas, Naniwa Maru 1 yang membawa 18 kru dan muatan 4.5 juta liter minyak diesel dari Singapura menuju ke Yangoon, Myanmar dilaporkan disamun lapan lelaki disyaki warga Indonesia yang bersenjatakan dua pucuk pistol dan sebilah parang.
Penjenayah terbabit melarikan minyak diesel hampir tiga juta liter, peralatan komunikasi dan barangan persendirian termasuk sejumlah wang tunai milik kru kapal terbabit.
Tiga kru kapal yang memegang jawatan penting termasuk Ketua Jurutera turut dilarikan dan siasatan awal mendapati terdapat kemungkinan tiga kru terbabit bersubahat dalam kejadian itu.
Mengenai perkembangan siasatan, Dass berkata pihaknya masih belum selesai mengambil keterangan kru kapal yang terdiri daripada 10 warga Thailand, tujuh warga Indonesia dan seorang warga India.
Beliau berkata Unit Forensik APMM juga sedang menjalankan siasatan di kapal itu bagi mengambil kesan cap jari.
"Setakat ini kita sudah mengambil keterangan jurutera kedua, pegawai kedua dan antara tiga hingga empat orang kru.
"Saya juga difahamkan pemilik kapal tangki itu di Singapura telah melantik ejen untuk berurusan dengan kita dan empat wakil kedutaan Indonesia juga sudah datang ke kapal ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu," katanya.
Ditanya mengenai tempoh kapal tangki itu akan berlabuh, Dass berkata ia bergantung kepada siasatan dan pelantikan master kapal yang baru.
Bernama
Fri Apr 25 2014

Kapal Naniwa Maru - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bot tempatan disyaki terlibat dalam kejadian samun kapal tangki Jepun
Berdasarkan siasatan terdapat sebuah bot tempatan berada pada kedudukan sama dengan kapal tangki terbabit ketika kejadian itu.