Mangsa lelaki itu terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba memandangkan kakinya tidak dapat dikeluarkan dengan sendiri.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bergegas untuk menjalankan khidmat khas itu.
"Difahamkan pengawal keselamatan itu terjatuh longkang dan tersepit ketika membuat rondaan di sekitar kawasan bangunan hari ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujarnya lagi, anggota kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa dan memberi rawatan awal sebelum membawanya ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Mazli A Mutalib itu tamat pada jam 7.08 pagi.