PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 orang pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember, dan Suku Tahun Keempat 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial.
"Bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember 2023, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.03 juta orang daripada 17 juta orang pada November, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi iaitu pada 70.2 peratus (November 2023: 70.1 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bilangan penduduk bekerja pada Disember meningkat sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.46 juta orang berbanding 16.43 juta orang pada November, sementara bilangan penganggur menurun sebanyak 0.2 peratus kepada 567,800 orang.
Jumlah penduduk bekerja pada Disember 2023, katanya sebanyak 75.2 peratus daripadanya adalah terdiri daripada kategori pekerja, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.38 juta orang.
"Begitu juga, trend peningkatan turut dapat dilihat dalam kategori bekerja sendiri, yang meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3 juta orang," katanya.
Sektor perkhidmatan terus mencatatkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja terutama dalam aktiviti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.
Trend yang sama juga dilihat dalam bilangan penduduk bekerja bagi sektor pembuatan, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian, manakala bilangan penduduk bekerja dalam sektor pertanian terus menurun.
Beliau turut menyatakan bahawa pada Disember 2023, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.6 peratus, dengan 307,200 penganggur belia (November 2023: 10.6 peratus; 308,500 orang).
"Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun turun sebanyak 0.1 peratus kepada 6.4 peratus, mencatatkan 432,100 penganggur belia (November 2023: 6.5 peratus; 432,000 orang)," katanya.
Dari segi kadar pengangguran dan KPTB mengikut negeri, Putrajaya dilaporkan dengan kadar pengangguran terendah iaitu pada 1.5 peratus pada suku tahun keempat 2023 berbanding semua negeri, diikuti oleh Perlis dan Pulau Pinang pada 2 peratus.
Sejajar dengan prospek ekonomi Malaysia yang lebih baik pada 2024, katanya disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang semakin meningkat dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi, pasaran buruh negara akan turut mendapat impak positif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
![Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023 Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706090040_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial. - Gambar fail/BERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715574193_penganggurjpg.jpg)
Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus menurun pada Mei lalu pada jumlah 566.1 ribu orang, dengan kadar kekal 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023 Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706090040_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023
Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 orang pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus.
![Kadar pengangguran turun kepada 600,900 orang Kadar pengangguran turun kepada 600,900 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673343170_YouthWorking.jpg)
Kadar pengangguran turun kepada 600,900 orang
Bilangan penganggur terus menunjukkan penurunan kepada 600,900 orang pada November berbanding 602,000 pada Oktober tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
![Bilangan penganggur meningkat, kadar pengangguran kekal 4.8 peratus pada Julai Bilangan penganggur meningkat, kadar pengangguran kekal 4.8 peratus pada Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630065537_TBUzir.jpg)
Bilangan penganggur meningkat, kadar pengangguran kekal 4.8 peratus pada Julai
Pada Julai 2021, bilangan guna tenaga terus menurun namun pada kadar yang perlahan, manakala pengangguran merekodkan sedikit peningkatan.