ROMPIN: Lebih 130 pembeli rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Puteri, Rompin semakin tertekan selepas rumah dijanjikan masih belum boleh diduduki sejak dua tahun lalu.
Rata-rata pembeli mendakwa pemaju berjanji akan menyerahkan kunci rumah selepas 24 bulan perjanjian jual beli (S&P) dibuat pada Ogos 2019, namun sehingga kini gagal berbuat demikian.
Lebih perit apabila mereka dikatakan sudah dua tahun menanggung beban bayaran bulanan kepada bank.
Wakil pembeli, Mohd Nazlifah Mohd, 49, berkata, dia mahu kerajaan membantu menyelesaikan isu perumahan itu selepas pemaju didakwa gagal menjelaskan punca kelewatan itu.
"Kalau ikutkan rumah ini sudah 98 peratus siap dan boleh diserahkan kepada pembeli.
"Saya juga telah berhubung beberapa kali dengan pemaju bagi mengetahui punca kelewatan itu, namun tiada kata putus diberi.
"Justeru, saya minta jasa baik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan Pahang dapat membantu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Sungai Puteri, Rompin pada Sabtu.
Mohd Nazlifah yang bekerja sendiri mendakwa kebanyakan pembeli sudah membuat bayaran pinjaman perumahan kepada pihak bank sejak tiga tahun lalu.
"Rumah sudah bayar, tetapi tidak boleh diduduki lagi. Ada pembeli terpaksa menyewa rumah lain sementara rumah ini disiapkan. Kesian mereka terpaksa buat dua bayaran," luahnya.
Suri rumah, Nurul Shahinah Tairah Mohd Noran, 27, pula menaruh harapan pemaju dapat menyerahkan kunci rumah seperti dijanjikan.
Menurutnya, sekiranya rumah itu diperoleh dalam masa terdekat ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ketika ini.
"Kalau boleh dipercepatkan, kami semua perlukan tempat tinggal. Suami saya bayar ansuran rumah ini sudah dua tahun, tapi sehingga hari rumah masih tidak boleh duduk," keluhnya.
Bagi pekerja swasta, Raja Mohd Ridzwan Raja Daud, 40, berkata, mengikut perjanjian rumah tersebut perlu diserahkan kepada pembeli pada Ogos 2021.
"Kalau tidak silap saya bayaran kemajuan projek sudah dibuat dan kita sudah bayar 75 peratus bagi fasa terakhir sebelum diserahkan kunci.
"Jadi kita hendak tahu daripada pihak pemaju, bila dia boleh serahkan kunci. Itu sahaja yang kita inginkan buat masa sekarang ini," katanya.
Penjawat Awam, Mohd Nordin Isa, 36, pula meminta pemaju segera menyelesaikan isu perumahan dalam masa terdekat.
"Sekarang ini, saya masih menetap di kuarters kerana masih dalam berkhidmat. Tapi selepas tamat perkhidmatan, saya akan dikeluarkan dari kuarters.
"Saya minta sangat pemaju supaya selesaikan masalah ini, sekurang-kurangnya selepas bersara nanti ada juga rumah untuk saya dan anak-anak tinggal," katanya yang sudah dua tahun membayar ansuran bulanan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Toiman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain ketika dihubungi memaklumkan Majlis Daerah Rompin akan mengeluarkan kelulusan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) dalam tempoh dua minggu lagi.
Menurutnya, selepas kelulusan itu diperoleh, penyerahan kunci akan dilakukan oleh pemaju kepada pembeli yang terlibat.
Ditanya mengenai punca kelewatan projek perumahan itu, Mohd Johari menjelaskan salah satu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perubahan pelan saluran pembetungan dan masalah dengan Tenaga Nasional Berhad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 19 2023
Pembeli PR1MA Sungai Puteri, Rompin meminta pihak pemaju segera menyerahkan kunci rumah. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
'Bila kami boleh diami rumah sendiri'
Rata-rata pembeli mendakwa pemaju berjanji akan menyerahkan kunci rumah selepas 24 bulan perjanjian jual beli (S&P) dibuat pada Ogos 2019, namun sehingga kini gagal berbuat demikian.
PR1MA harus utamakan mereka yang tidak memiliki rumah lagi - suara media sosial
Warga media sosial tertanya-tanya mengapa PR1MA kini diberikan juga kepada mereka yang sudah memiliki rumah.