Seorang bidan kampung Fadhilah Ahmad, 63, tidak menyangka kesakitan yang dialami pada bahagian pinggang dan demam berpanjangan adalah petanda beliau menghidap kanser ovari tahap tiga sejak September tahun lepas.
Wanita dari Kampung Tok Jalai di Jitra dekat sini berkata penyakit itu menyebabkan kehidupannya menjadi kelam dan kini tidak boleh mengurut lagi yang juga punca pendapatannya apabila hanya bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
"Saya juga ada terima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebanyak RM250 sebulan bermula Januari lepas, tetapi pemberian bantuan ini akan berakhir pada Jun ini. Saya juga pernah memohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi gagal dengan alasan sebab saya sudah menerima bantuan lain," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya baru-baru ini.
Katanya sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan daripada upah mengurut ibu bersalin dan orang ramai yang mengalami sakit-sakit badan namun sekarang tidak berupaya berbuat demikian apabila seluruh anggota badannya menjadi lemah.
Fadhilah yang tinggal sebatang kara selepas kematian suami sejak 20 tahun lalu itu berkata dia disahkan menghidap kanser itu selepas membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar berikutan sekian lama menderita sakit bahagian pinggang serta sering tiada selera makan dan demam.
"Saya sering sakit ketika ingin membuang air kecil dan air besar, demam dan tak larat, saya ingat ia sakit biasa, tetapi lepas buat pemeriksaan doktor sahkan saya menghidap kanser ovari sebelum menjalani pembedahan membuang ovari bagi mengelak komplikasi lebih buruk," katanya.
Fadhilah berkata sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di HSB dengan membuat pemeriksaan darah seminggu sekali dan setakat ini telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kimoterapi bagi mematikan sel kanser supaya tidak merebak ke bahagian lain.
Sehubungan itu, dia yang tidak mempunyai anak itu merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya untuk berulang-alik ke hospital termasuk perbelanjaan keperluan lain ketika berada di hospital yang memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan.
Dia juga banyak bergantung hidup kepada anak saudaranya Aminudin Baharudin, 20, yang tinggal berdekatan serta kerap menjenguk dan membeli barangan keperluan hariannya terutama selepas menjalani rawatan kimoterapi.
Sementara itu, nasib yang menimpa Fadhilah mendapat simpati sebuah badan bukan kerajaan, Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang mengadakan kunjungan ke kediamannya dan menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai.
Pengasas CSM Zuraini Kamal mengharapkan JKM dapat melihat semula permohonan bantuan daripada Fadhilah kerana dia hidup sebatang kara di samping menghidap kanser yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Fadhilah bernombor 02002-41-00005106-4 atau menghubunginya di talian 017-5375585.
--BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019

Fadhilah Ahmad, 63, kini menderita akibat kanser ovari tahap tiga sejak September tahun lepas.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.