KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan agensi berkaitan akan menjalankan kajian undang-undang berhubung hukuman bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata kajian itu berdasarkan perspektif berbeza iaitu merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara rehabilitasi yang telah digunakan oleh negara-negara lain dan mengkaji kebolehlaksanaan pendekatan tersebut di Malaysia.
Katanya Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan badan-badan bukan kerajaan, telah melakukan usaha terbaik dalam menangani isu berkenaan.
"Namun masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan berkesan seterusnya menjadi punca kepada isu sistemik lain seperti kesesakan penjara dan sistem keadilan jenayah yang terbeban.
"Oleh itu, saya berpandangan bahawa pendekatan terhadap masalah dadah perlu dikaji dan dilihat semula selaras dengan perkembangan antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina hari ini mempengerusikan sesi perbincangan Kajian Undang-Undang Berhubung Hukuman Mengenai Kesalahan Penyalahgunaan Dadah.
Perbincangan itu diadakan bersama wakil daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KKM, ahli-ahli akademik serta wakil dari organisasi masyarakat sivil untuk membincangkan dan mendapatkan pandangan awal mengenai keperluan kajian undang-undang berhubung hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.
Menurut Azalina, Kerajaan Perpaduan komited untuk memelihara kepentingan golongan-golongan berisiko tinggi dalam perkara itu, seperti golongan rentan, golongan miskin serta golongan belia yang mudah dipengaruhi.
"Sesi libat urus lanjutan berkaitan perkara ini termasuk perbincangan kumpulan berfokus akan dikendalikan oleh Timbalan Menteri Undang-Undang (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga melihat isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja sebagai isu jenayah, tetapi sebagai satu isu kesihatan yang memberikan kesan kepada masyarakat dari segi ekonomi, kesihatan, dan sosial.
"Kerajaan berhasrat untuk menggabungkan usaha semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pakar-pakar, dan masyarakat sivil dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang lebih berkesan demi sebuah masyarakat Madani yang sihat dari semua aspek," kata Azalina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Menurut Azalina, Kerajaan Perpaduan komited untuk memelihara kepentingan golongan-golongan berisiko tinggi dalam perkara itu. - Gambar fail/Bernama

Video tular bukan kes culik tapi wanita ditahan kerana serang pengunjung
Dalam kejadian jam 7.15 malam pada Jumaat, suspek sebelum itu dikatakan bercakap sendirian dan menjerit-jerit.

Terminal Bersepadu Gombak beroperasi sepenuhnya, penumpang harap lebih banyak bas
Penumpang berharap lebih banyak syarikat bas beroperasi di TBG untuk meningkatkan pilihan perjalanan, terutama menjelang musim perayaan.

Kerajaan Madani sentiasa hargai golongan agama - Zulkifli
Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.
Houthi lancar beberapa serangan peluru berpandu
Houthi juga mendakwa melancarkan serangan terhadap kapal induk Amerika Syarikat USS Harry S. Truman di Laut Merah.

Terpalit isu panas! CUCKOO Malaysia gantung aktiviti promosi libatkan Kim Soo Hyun
CUCKOO Malaysia mengumumkan keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka iaitu pelakon Korea, Kim Soo Hyun.
Amaran hujan berterusan tahap waspada
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.

PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon kepada 7 April
Pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.
AWANI Ringkas: Pintas segera semai kebencian di media sosial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Seniman naik taraf portal, jadi pusat sehenti industri seni
Persatuan Seniman Malaysia sedang menaik taraf portal rasminya, seniman.com.my bagi menjadikannya sebuah pusat sehenti untuk industri seni tempatan.

Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main alat solek
Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya gara-gara menggunakan alat soleknya.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.

Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina
Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othm

1,020 permohonan semakan akta hukuman mati selesai difailkan - Ramkarpal
Penyelarasan pemfailan dilaksanakan oleh BHEUU, JPM bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

BHEUU, agensi berkaitan akan kaji undang-undang hukuman kesalahan dadah - Azalina
Kajian itu berdasarkan perspektif berbeza iaitu merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara rehabilitasi yang telah digunakan oleh negara-negara lain.