KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia telah selesai memfailkan kesemua 1,020 permohonan semakan semula di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] .
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata penyelarasan pemfailan untuk proses semakan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
"Bagi tujuan ketelusan pula, carta alir proses semakan ini telah juga dimuat naik di laman web dan semua media sosial BHEUU, JPM pada 12 September 2023 dan terbuka untuk panduan umum," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata seterusnya, di peringkat Pengurusan Kes di Mahkamah Persekutuan pula, peguam yang dilantik untuk mewakili banduan bagi proses semakan ini akan juga dibekalkan dengan dokumen asas perbicaraan seperti kertas pertuduhan, perintah mahkamah dan alasan penghakiman daripada perbicaraan dan rayuan banduan tersebut sebelum ini.
Katanya setelah pemfailan permohonan semakan di bawah Akta 847 dibuat, sekiranya peguam yang mewakili banduan bagi proses semakan ini memerlukan lebih masa untuk memfailkan apa-apa dokumen sokongan tambahan ataupun untuk menyediakan kes mereka, sebarang perlanjutan masa boleh dimohon kepada mahkamah.
Ramkarpal berkata keputusan terhadap perlanjutan masa adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, sepertimana amalan biasa dalam mana-mana kes di hadapan mahkamah.
Beliau berkata sebarang pemfailan dokumen sokongan tambahan ini tidak akan dihadkan dalam tempoh masa 90 hari yang telah ditetapkan di bawah Akta 847.
"Setakat 16 November 2023, sebanyak 23 permohonan semakan di bawah Akta 847 telah pun didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu sebanyak 15 permohonan semakan hukuman mati dan lapan permohonan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Ramkarpal berkata penyelarasan pemfailan untuk proses semakan ini telah dilaksanakan oleh BHEUU, JPM bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.

Kerajaan cadang wujud agensi berpusat tangani isu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
Penubuhan agensi berpusat bertujuan memastikan fokus kepada tatacara kerja yang lebih teratur dan mengelak kekeliruan dalam penguatkuasaan.

Pengampunan Najib: 'KPN perlu elak komen isu Tony Pua' - Ramkarpal
Tan Sri Razarudin Husain perlu mengelak daripada memberi sebarang kenyataan dengan menyimpulkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebagai bersalah.

Ramkarpal enggan layan cabaran debat isu pengampunan Najib
Ramkarpal Singh enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuat pengendali akaun Facebook Najib selain menyifatkan hantaran itu sekadar meraih publisiti murahan.

Rombakan Kabinet: Ramkarpal sukarela beri laluan kepada Gobind - Loke
Anthony Loke menjelaskan bahawa Ramkarpal berpendapat adalah tidak sesuai untuk dua bersaudara berada dalam Kabinet.

1,020 permohonan semakan akta hukuman mati selesai difailkan - Ramkarpal
Penyelarasan pemfailan dilaksanakan oleh BHEUU, JPM bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Pembangunan baharu di Kuala Lumpur tertakluk kepada TIA - Ramkarpal
Setiap pembangunan baharu yang dicadangkan di Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada hasil kajian impak trafik (TIA).

Laporan Ketua Audit: Seorang penjawat awam dihadap ke mahkamah, 25 kena tatatertib
Seorang penjawat awam dituduh di mahkamah, manakala 25 orang lagi dikenakan tindakan tatatertib susulan daripada 12 isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.