KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata ini kerana Borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) merupakan satu dokumen perundangan di bawah peraturan berkaitan pengundian pos yang hanya layak diisi oleh warganegara Malaysia.
"Selain itu, SPR juga tidak bercadang untuk membenarkan pengundi untuk memuat turut dan mencetak dokumen pengundian pos seperti Borang 2 dan kertas undi bagi sesuatu pilihan raya.
"Ia memandangkan proses pengeluaran dokumen berkaitan undi pos ini juga melibatkan proses pentadbiran, bagi maksud pengiraan dan penjumlahan kertas undi pos oleh petugas pilihan raya kelak," katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Tan Hong Pin (PH-Bakri) di kamar khas itu yang membangkitkan isu jumlah pengundi pos luar negara, termasuk berkaitan cadangan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran untuk kedutaan di luar negara mengendalikan proses pengundian pos.
Menurut maklumat di laman sesawang SPR, syarat saksi bagi proses pengundian pos ketika ini mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
Sementara itu, Ramkarpal berkata beliau akan meneliti mengenai aduan berkaitan tempoh permohonan undi pos yang singkat bagi sesuatu pilihan raya sehingga menyebabkan kesesakan aliran trafik pada laman sesawang SPR.
"Saya faham aliran trafik itu merupakan satu perkara yang perlu dilihat dengan lebih mendalam...ini akan diteliti lebih lanjut berkenaan dengan langkah dan bagaimana perkhidmatan pembekal perkhidmatan itu ditambah baik bagi tujuan pilihan raya akan datang," katanya.
Ramkarpal berkata sebarang hebahan berhubung maklumat terkini berkaitan pengundian secara pos bagi sesuatu pilihan raya turut dibuat melalui media massa, cetak dan elektronik, selain platform media sosial rasmi SPR bagi memastikan penyebaran maklumat yang menyeluruh.
"SPR juga bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menyebarkan maklumat terkini sesuatu pilihan raya terutamanya mengenai tarikh hari mengundi serta tarikh buka dan tutup permohonan mengundi pos kategori 1B (pengundi pos luar negara)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri melebihi jangkaan SPR apabila 68.21 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga 3 petang.
PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan
Peratusan keluar mengundi warga emas dan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.