Pihak Kerajaan dan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga serta 14 individu yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 bersedia menimbang penyelesaian kes saman di luar mahkamah. Permohonan kedua-dua pihak di dengar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara di dalam kamarnya hari ini.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Kerajaan, Azizan Md Arshad, peguam-peguam yang terlibat dalam kes itu bersetuju untuk menangguh kes perbicaraan yang ditetapkan hari ini bagi merujuk terma-terma persetujuan kepada anak guam masing-masing.
Katanya Hakim O'hara menetapkan 20 September untuk pengurusan kes dan semua pihak terlibat perlu memaklumkan perkembangan penyelesaian itu. Ambiga yang ditemui di luar mahkamah turut menyatakan perkara sama.
Kerajaan memfailkan saman pada 15 Mei tahun lalu terhadap sembilan defendan iaitu Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo. Pada 18 September, O'Hara membenarkan enam lagi anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 untuk menjadi pencelah dalam saman itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan selaku plaintif berkata, pihak penganjur berhimpun di persekitaran Dataran Merdeka yang dipasang halangan dan sekatan polis, tetapi rempuhan peserta perhimpunan menyebabkan berlakunya kerosakan.
Kerajaan menuntut pampasan khas berjumlah RM122,000 sebagai kos untuk memperbaiki kerosakan kenderaan polis, kos-kos lain, faedah dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Ia juga menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan, sebagai penganjur perhimpunan Bersih 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan mereka bertanggungjawab antara lain, memastikan perhimpunan itu tidak akan merosakkan harta benda awam.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan juga menyebut perhimpunan sekitar Dataran Merdeka menjadi tidak terkawal apabila para peserta merempuh halangan polis.
Ia juga menyebut pada hari berkenaan, polis ditempatkan di sekitar kawasan bagi memastikan peserta perhimpunan tidak melanggar arahan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret pada 26 April, yang melarang satu perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka dan bagi orang awam supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas.
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mon Jul 15 2013
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.