1. Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerminkan beliau merupakan seorang yang sudah menginjak usia 99 tahun apabila masih lagi aktif bekerja.
2. Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun di Bersia, Gerik.
3. Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
4. Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran
IDF mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang "tidak henti-henti menyerang" Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
5. Kibar bendera China: Penganjur langgar syarat permit, kertas siasatan dirujuk ke TPR Isnin
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur mempunyai permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.
6. Akaun 'sexual grooming': Fahmi sahkan MCMC ada terima aduan
MCMC sedang bekerjasama dengan Meta dan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.
7. Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama hindu selama empat hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Okt serta 1 Nov ini.
8. Ribut Tropika Trami: MetMalaysia keluarkan nasihat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
9. PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
10. Polis akan panggil pemilik syarikat didakwa seleweng dana latihan penerbangan
Polis akan memanggil pemilik syarikat bumiputera yang didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara dalam masa terdekat.