ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Oktober 2024.


1Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.



2. Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK

Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, West Midlands, England, pada Khamis atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu. 


3. Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf

Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan pada Khamis. 


4. 1MDB: PM Anwar terima baik permohonan maaf Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik pemohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


5. RUU tahanan di rumah bukan untuk ‘bebaskan’ Najib, VIP lain - Fahmi

Rang Undang-Undang (RUU) baharu mengenai hukuman tahanan di rumah bukan untuk ‘membebaskan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau orang kenamaan lain.


6. Lima maut kemalangan kereta, lori di Jalan Gua Musang-Lojing

Lima maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, pada Jumaat.


7. Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA

Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.


8. PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.


9. Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ

Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.


10. Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal

Teresa selaku plaintif mengemukakan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners, berhubung kenyataan didakwa fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO itu dalam video di aplikasi TikTok, pada 7 September lalu.