ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Oktober 2024.


1. Ringgit naik berbanding dolar AS susulan hasrat Trump tingkatkan tarif

Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.



2. Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh

Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan berikutan bekas Perdana Menteri itu dikejarkan ke Insititut Jantung Negara (IJN), lewat petang semalam.


3Projek Pulau Silikon di Pulau Pinang berada di landasan betul dalam tahun pertama

Setahun selepas kerja pembangunan dimulakan, projek Pulau Silikon di sini menyaksikan kemajuan mengikut jadual dengan kepentingan rakyat Pulau Pinang terutamanya nelayan dijaga dengan baik.


4. Tanah runtuh Melawati: "Hidup dan mati saya di rumah ini" - Yusof Haslam

“Hidup dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itu kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.


5. GISB: Ada pihak 'intai' kanak-kanak di pusat perlindungan - Nancy

Bagaimanapun, Nancy berkata pihaknya tidak dapat memastikan sama ada perbuatan itu dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau sebaliknya.


6. RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA

Mohd Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak memahami berkaitan ajaran Al-Ashairah dan Al-Maturidiah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.


7. Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang

Sejumlah 3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.


8. Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak 

abatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi Khamis.


9. Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan 

Isteri kepada Adnan Ismail, 54, lelaki yang maut dibaham harimau tidak menyangka tindakan suaminya bangun tidur lebih awal daripada kebiasaan pada pagi semalam menjadi petanda dia akan pergi selamanya. 


10. Skandal perlombongan pasir: Enam lagi premis diserbu SPRM 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).