ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Oktober 2024.


1. TikTok Malaysia sahkan pemberhentian kakitangan

TikTok Malaysia yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan berlaku pemberhentian kakitangan yang terlibat dalam bahagian kandungan, walaupun jumlah sebenar pekerja yang terlibat belum didedahkan.



2. Cuti Sabtu, Ahad tak perlu jadi isu politik - MB Johor

Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mengenai pertukaran cuti hujung minggu negeri itu kepada Sabtu dan Ahad, tidak perlu dijadikan bahan politik.


3. Kes bunuh Sabari: Dua suspek direman seminggu 

Dua lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh pesara Felcra, Sabari Baharom di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pada Jumaat.


4. Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, Najib menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali, bertemu, atau mengarahkan pembunuhan Altantuya.


5. Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam

Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang serta melanggar hak asasi beliau di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.


6. Tragedi UiTM Dungun: Wanita rempuh pelajar tiada rekod rawatan mental

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah membuat semakan dan mendapati wanita terbabit tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan sama ada di hospital atau klinik kesihatan.


7. 3,000 cerun berisiko dipantau rapi - Ahmad Maslan

Sebanyak 3,000 kawasan cerun yang didapati berisiko diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian rapi Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.


8. KBS salur RM4.6 juta kepada 10 negeri naik taraf saliran, rumput stadium utama

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan geran berjumlah RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak di stadium utama negeri masing-masing.


9. Keburukan, kekurangan, aib pasangan tidak patut ditularkan - Khutbah Jumaat

Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam, dan ikatan perjanjian yang diikat oleh Allah SWT antara seorang lelaki dan perempuan yang menjadi suami serta isteri.


10. Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam

Seorang wanita gelandangan warga Rusia ditahan polis selepas berkelakuan tidak senonoh serta menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, di sini pada Rabu.