1. Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Seorang penjaga rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah mendera kanak-kanak di salah satu rumah amal tersebut di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
2. Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
3. Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Lebih 16,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diletakkan dalam mod bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut lebih awal, susulan kejadian hujan lebat serta banjir yang melanda beberapa kawasan seluruh negara baru-baru ini.
4. Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Majistret M Mageshwary membenarkan lanjutan reman bermula hari ini terhadap semua individu berusia 18 hingga 55 tahun terdiri daripada tujuh wanita dan dua lelaki itu.
5. Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Selain dua kawasan itu, tempat lain yang disenaraikan ialah pusat hiburan atau teater (kecuali kasino), kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan serta kedai berhawa dingin.
6. Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu ada menghantar borang pencalonan namun kemudian memutuskan untuk menarik diri.
7. Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan yang berakhir hari ini, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
8. Isu libatkan rakyat Palestin di pusat transit selesai - Duta
Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
9. Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal Presiden Bersatu manakala Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
10. Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak kementerian atau jabatan.