ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Oktober 2024.


1. Musim tengkujuh dijangka bermula November, lalui enam episod hujan lebat

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula pada bulan depan dan berterusan sehingga Mac 2025.



2. Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal

Seorang pengasuh wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi sehingga mengakibatkannya cacat kekal di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Pertam Jaya, Semabok, tahun lalu.


3. [EKSKLUSIF] Asas ekonomi kukuh, politik stabil dorong kekuatan ringgit - Gabenor BNM

Asas ekonomi yang kukuh merupakan salah satu faktor pendorong kepada pengukuhan nilai mata wang ringgit pada ketika ini, kata Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.


4. Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan Muhyiddin selepas mendapati alasan yang dikemukakan pemohon adalah tidak munasabah.


5. Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta dan satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).


6. Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar

Ia adalah antara perkara yang dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Shehbaz Sharif, dalam pertemuan dua hala di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan itu di Islamabad.


7. Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara

Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan iaitu bersamaan dengan tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, demikian menurut penyedia perkhidmatan TrustTech iaitu Gogolook, yang membangunkan aplikasi antipenipuan digital.


8. Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97

Filem 'Abang Adik' terus menerima pengiktirafan apabila secara rasminya dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97 pada Mac 2025.


9. Motif Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek ingin menyamun - Polis

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, mengesahkan motif pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, dibunuh adalah kerana mengenali wajah suspek ketika ingin menyamun mangsa.


10. Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid

Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.