ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 September 2024.


1. Pengikut GISB masih dalam negara, tidak mampu lari ke negara jiran - KPN

Razarudin berkata agak mustahil juga untuk mereka melarikan diri ke Thailand kerana pengikut GISBH tiada tempat hendak dituju di negara berkenaan.



2. Empat individu dikaitkan GISB direman tiga hari di Kota Bharu

Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.


3. 'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah

Pelakon Fattah Amin mengakui masih menyayangi Nur Fazura Sharifuddin meskipun isterinya menfailkan permohonan penceraian pada 13 September lalu.


4. Lelaki rentung: Polis tahan suspek kes bunuh

Siasatan mendapati seorang saksi melihat suspek lelaki dikenali telah masuk ke dalam rumah dan terdengar bunyi hentakan di ruang tamu.


5. Demi maruah, Fazura nekad keputusan bercerai dengan Fattah Amin

Melalui entri dimuat naik di Instagram (IG), Fazura turut memohon orang ramai mendoakan proses penceraian yang sedang dilaluinya berjalan lancar.


6. Akaun TikTok jual dadah dalam bentuk lolipop telah disekat - Fahmi

Menurut Menteri, pihaknya cakna terhadap isu berkenaan dan kini akaun berkenaan sudah tidak boleh diakses.


7. Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar

Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.


8. Tiada notis usul undi tidak percaya terhadap PM diterima setakat ini - Johari Abdul

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sehingga kini, Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mana-mana Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang.


9. GISB: Polis terima 10 lagi laporan dipercayai mangsa eksploitasi buruh paksa - KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 lagi laporan yang dibuat oleh individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).


10. Muhammad Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan kenyataan beliau pada Julai tahun lepas yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.