1. Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
2. Bapa tiga anak lumpuh akibat kelapa jatuh atas kepala
Lima sekeluarga hilang punca pendapatan berikutan ketua keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang kini lumpuh akibat buah kelapa jatuh di kepalanya.
3. ADUN Mahkota, Johor dirawat di ICU akibat pendarahan dalaman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, akibat pendarahan dalaman.
4. Kes dadah: Cliff Umar didenda RM5,500, pengawasan AADK dua tahun
Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph diperintah menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selama dua tahun.
5. PMO kecam Meta sekali lagi turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas
Tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
6. Pentingnya pendedahan penggunaan pembayaran tanpa tunai kepada warga emas
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat, terutamanya warga emas, mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
7. Paris 2024: Lee Zii Jia tidak berdepan masalah ke pusingan 16
Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk mara ke pusingan 16 setelah menundukkan pemain Sepanyol, Pablo Abian menerusi aksi straight set 21-10 21-13 dalam acara badminton peringkat Kumpulan G Sukan Olimpik Paris 2024.
8. Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN
Penjawat awam diingatkan untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional serta berintegriti terutama sekali dalam era pascanormal yang mencabar dan ketidaktentuan.
9. Dua penyampai ERA & HITZ tinggalkan konti Astro Radio sebelum tamat kontrak
Astro Radio hari ini mengumumkan bahawa Haniff dari ERA dan Ean dari HITZ akan meninggalkan stesen radio mereka sebelum tamat kontrak masing-masing.
10. Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Mana-mana wakil rakyat dari parti UMNO yang meninggalkan dan membelakangi pendirian parti akan dituntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.