ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.


1. Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing

Haiwan ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.



2. Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit

Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.


3. Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin

Saifuddin berkata kerajaan sejak pentadbiran sebelum ini konsisten untuk menguruskan isu penyelesaian aset 1MDB.


4. Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat

Anggota tentera itu dijumpai pada jam 11.29 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).


5. Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh

Johan ‘Jojo’ Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.


6.  Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM

Beliau turut mengingatkan semua setiausaha kerajaan negeri supaya memantau senarai projek yang diluluskan dan melaksanakan kemas kini status projek secara berkala.


7. PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,267

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail sah diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.


8. PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.


9. Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial di Malaysia pada akhir bulan ini bagi memperincikan pengurusan isu buli siber.


10. Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa membalas sindiran yang dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.