ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.


1. Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan

Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal mengalami kecederaan yang serius.



2. Undang Luak Rembau meninggal dunia

Allahyarham Muhamad Sharip meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.


3. Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng

Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam dan dikategorikan sebagai spesies terancam secara kritikal. 


4. Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas

Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan ‘posting’ syarikat media berkaitan pertemuan Perdana Menter dengan sayap politik Hamas.


5. Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran

Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan tiga pembedahan sebelum ini.


6. UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera

Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir susulan isu berkenaan ditimbulkan sejak kebelakangan ini.


7. Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga

Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.


8. Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.


9. Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi

Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa.


10. Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.