ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.


1. “Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor

Dakwaan yang dilemparkan kononnya Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino merupakan fitnah liar dan tidak benar, tegas Datuk Onn Hafiz Ghazi.



2. Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak

Setahun tidak berjumpa ibu ayahnya. Dia pelajar Malaysia Tahun 2 di Madinah, ibu bapanya pula di Malaysia.


3. Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan

Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.


4. DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.


5. Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan

Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.


6. Insiden pokok tumbang: Lima lokasi terlibat sekitar KL - Bomba

Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.


7. PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Qatar sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Barat itu, di sini.


8. Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar hari ini, membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.


9. DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.


10. Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024

Skuad ping pong lelaki Bawah-19 tahun (B-19) dan B-15 mencipta sejarah, apabila buat pertama kali mengungguli Kejohanan Pingpong Remaja Asia Tenggara (SEA) 2024 acara berpasukan, di Kompleks Sukan Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.