ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 November 2023.


1. Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguh

Keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.



2. ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

Pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.


3. Kajian akan dilakukan bagi kerja mitigasi di kawasan berisiko tinggi - Young Syefura

Kerja-kerja baik pulih segera cerun dan jalan, serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai juga akan dilakukan oleh pihak JKR dan JPS buat sementara waktu.


4. Hidang 'Kopi Joss' satu kesalahan, boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun - KKM

Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).


5. Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion

Kerajaan Kedah hari membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 bilion.


6. PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.


7. Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup

Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini hingga 1 Dis ini ekoran kerosakan struktur jalan.


8. Pembangkang hanya suka 'acah-acah' Kerajaan Perpaduan - Rafizi

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan pembangkang kini hanya suka memainkan sentimen 'acah-acah' untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai

Polis menafikan dakwaan bahawa kenderaan pengiring polis digunakan untuk mengiringi seorang pemilik kilang keluar dari kawasan premisnya di Skudai, pada Sabtu.


10. All Stars GV: Malam suku akhir bukan untuk Aliff Aziz

Persembahan Alif menerusi lagu mash-up Gambus Jodoh dan Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza gagal menambat hati juri pada malam