ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 November 2023.


1. Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi

Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus.



2. Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan

Pendekatan itu berbeza dengan tindakan yang dilakukan di peringkat Pusat dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini

Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini.


4. SPRM, kerajaan bantah permohonan MUDA rujuk siasatan Hakim Nazlan ke Mahkamah Persekutuan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan membantah permohonan MUDA untuk merujuk isu perlembagaan berhubung siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Persekutuan kerana perkara itu telah bersifat akademik, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.


5. Kanak-kanak 11 tahun dirogol bergilir-gilir 7 rakan abang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di sebuah kampung, di sini pada 3 November lalu.


6. Harga petrol, diesel kekal hingga 29 Nov

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 Nov.


7. PDRM terima 37 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara - KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat 2 petang tadi.


8. Konsert Coldplay: Berbaki dua jam, 85,000 peminat mula membanjiri Stadium Nasional

Peminat kumpulan rock Britain, Coldplay mula memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menjayakan konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di ibu negara, malam ini. Hujan lebat sejak awal petang tadi dilihat tidak melunturkan semangat peminat yang mula membanjiri stadium itu sejak pagi.


9. Banyak cabaran PMX terpaksa tempuhi dalam tempoh setahun

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan adalah memastikan wujudnya kestabilan dalam politik dan pentadbiran.


10. 'Mr H' tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN

Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff hari ini, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.