ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Oktober 2024.


1. Presiden Mahmoud Abbas seru tindakan segera hentikan pencerobohan Israel di Gaza dan Lubnan

Pencerobohan berterusan Israel telah memusnahkan lebih 90 peratus infrastruktur di Semenanjung Gaza, termasuk kemudahan dan prasarana sukan.



2. Jepun hantar pesawat SDF untuk kemungkinan misi evakuasi di Lubnan

Sebanyak dua pesawat pengangkut C-2 berlepas dari Pangkalan Udara Miho di wilayah barat Tottori menuju Jordan dan Greece untuk bersiap sedia.


3. Permohonan visa pelajar antarabangsa turun mendadak susulan tindakan Australia kawal migrasi

Sebanyak 15,270 permohonan visa pelajar antarabangsa dari luar negara diterima pada Ogos, berbanding 30,703 pada Ogos 2023.


4. Majlis Keselamatan PBB nyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua PBB

Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu menyatakan sokongan terhadap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, selepas Israel melarang kemasukan beliau ke Israel dan mengisytiharkannya sebagai persona non grata, lapor Agensi Anadolu.


5. Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan Taufan Krathon

211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada Khamis.


6. Israel ancam keselamatan serantau, Pakistan seru redakan ketegangan di Asia Barat

Pakistan sifatkan pencerobohan Israel di Lubnan mengancam keselamatan serantau dan menggesa agar ketegangan di Asia Barat diredakan segera.


7. Bekas menteri Singapura dihukum penjara 12 bulan kerana terima hadiah bernilai RM1.3 juta

Iswaran didakwa memperoleh barangan berharga seperti tiket muzik, bola sepak dan Formula 1 daripada pemegang saham majoriti Singapore GP dan bos syarikat pembinaan.


8. Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan

Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.


9. Presiden Mahmoud Abbas seru tindakan segera hentikan pencerobohan Israel di Gaza dan Lubnan

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata bahawa Negara Palestin berusaha untuk menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).


10. BioNTech kini cipta pembantu makmal AI

Pembantu makmal yang diberi nama Laila ini boleh membantu penyelidik merancang eksperimen dan meramalkan hasil mereka dengan lebih baik.