ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 November 2023.
1. Ahli Parlimen pembangkang sokong PM tidak hilang kerusi - Saifuddin
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
2. Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa arahan khusus daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melengkapkan siasatan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
3. ONE Championship: Aliff Rakib raih kemenangan KO ketiga, terima tawaran ratusan ribu ASD
Petarung muda negara, Nor Iman Aliff Rakib, melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 4-0 dengan kemenangan KO ketiga apabila menumbangkan lawan dari Iran, Peyman Zolfaghari, dalam pertarungan 120-pound catchweight ONE Friday Fights malam Sabtu.
4. 'Manusia kini tidak lagi bertamadun, kembali menjadi orang gasar' - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manusia juga memperjuangkan hak haiwan, tetapi pada masa yang sama membenarkan satu bangsa dihina dengan cara yang paling teruk, ditindas, diseksa dan dibunuh selama lebih dari 70 tahun.
5. Perak akhirnya setuju jual air kepada Pulau Pinang
Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menjual bekalan air terawat kepada Pulau Pinang melalui pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara negeri ini.
6. 'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
7. Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau
Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di Gua Musang pada Jumaat.
8. Draf berkaitan WHO CA+, pindaan IHR 2005 dibentang di WHA ke-77 pada Mei 2024
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan dibentang di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 pada Mei 2024.
9. Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II, Rahimi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, kira-kira jam 4.25 petang.
10. Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang
Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai) awal pagi Sabtu.
Astro Awani
Sat Nov 11 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 November 2023.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Jun 2024.