ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 September 2023.


1. Masyarakat perlu insaf, tahap kesihatan ekosistem sungai gambaran 'hati' - Sultan Perak

Baginda turut menyeru agar dirumuskan suatu kerangka baharu yang lebih segar, lebih teratur dan lebih berdaya maju, untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai.



2. Yang Dipertua Pas Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah 

Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-15 pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15


3. Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan

Yazan Al-Arab dijangka berdepan hukuman berat selepas dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.


4. 'SPRM hanya tanya empat soalan saja, saya bukan orang jahat' - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.


5. Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas

Sebuah van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.


6. Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu

Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.


7. Anis Rizana, wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam

Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang berkuat kuasa hari ini.


8. KKM sedia hadapi ancaman penyakit X

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.


9. Kes Sulu: Malaysia dalam proses batalkan award akhir US$14.9 bilion - Azalina

Malaysia kini dalam proses membatalkan award akhir US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa dalam kes yang dibawa oleh individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.


10. Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.