ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Jun 2023.

1. Laos bentang permaidani merah sambut lawatan sulung Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Laos.


2. Orang ramai dinasihatkan tidak muat turun aplikasi 'Pink WhatsApp'

Aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.


3. KPM bangunkan pelan pendidikan baharu, tumpu kompetensi guru dan kebolehpasaran individu

KPM menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang akan menerajui perancangan, hala tuju dan pembangunan pelan pendidikan baharu.


4. SPRM siasat lebih seorang ahli politik naungi judi haram - Azam Baki

Lebih daripada seorang ahli politik sedang disiasat oleh Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan kegiatan judi haram dalam talian di negara ini dinaungi ahli politik.


5. PRU15: Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya membuat keputusan itu selepas pihak pempetisyen, Jasmira Othman, gagal menimbulkan keraguan munasabah.


6. Cuti tambahan pada 30 Jun buat penjawat awam Selangor

Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memberi kemudahan cuti tambahan pada hari Jumaat 30 Jun 2023 kepada penjawat awam di negeri itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).


7. Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia

Penghakiman itu memaklumkan 'mahkamah menolak permintaan warga Filipina' untuk menuntut melaksanakan anugerah timbang tara tersebut.


8. PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).


9. Empat sekeluarga maut, dua kanak-kanak parah dalam kemalangan di Kulim

Empat sekeluarga maut manakala dua lagi dipercayai kanak-kanak parah selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kulim hari ini.


10. Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas.