ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Jun 2023.

1. Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan

Permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.


2. Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan

Tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari.


3. Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan lemah.


4. Bermula Julai, TH hanya benar pindah wang simpanan ke akaun bank pencarum sahaja

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.


5. Malaysia tempat ke-27 ranking daya saing dunia IMD 2023

Kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 meningkat lima anak tangga di kedudukan ke-27 berbanding ke-32 pada tahun lalu.


6. 'PN yang patut bimbang' - Rafizi akan tunjuk data minggu ini tangkis dakwaan pembangkang

Jelas Rafizi, data yang bakal didedahkannya itu sekali gus akan membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh PN adalah tidak berasas.


7. Astro AWANI terima Anugerah Khas Buku Negara

Astro AWANI terus mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Buku Negara sempena pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024.


8. Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.


9. Anwar yakin Gabenor Bank Negara baharu mampu teruskan kebijakan monetari mampan

Beliau menzahirkan keyakinan terhadap Shaik Abdul Rasheed menerusi ucapan di Twitter selepas mengadakan pertemuan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa.


10. KPM nafi turunkan gred pemarkahan SPM 2022, ikut standard sebelum ini - Fadhlina

Dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menurunkan purata gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah tidak benar.