ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Mei 2023.

1. Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru

10 inisiatif baharu itu juga turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.


2. PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana

Kesemua 47 yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara pada hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.


3. Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah

Lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi ini, dikatakan dalam perjalanan ke Tapah untuk membawa datuk mereka menjalani pemeriksaan di Hospital Tapah.


4. Keputusan Mahkamah Tinggi berkait isu kalimah Allah di Sarawak tidak libatkan negeri lain - PM

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait isu penggunaan kalimah Allah di Sarawak tidak melibatkan negeri-negeri lain di Malaysia.


5. Kalimah Allah: KDN tarik balik rayuan kerana percanggahan arahan pentadbiran - Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri ia melibatkan percanggahan perundangan sivil berkaitan rampasan bahan penerbitan ketika itu dan bukannya isu teologi melibatkan penggunaan kalimah Allah.


6. MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 8 kawasan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di lapan kawasan Semenanjung Malaysia.


7. Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim

Daerah Tuaran di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.


8. PRN: Negeri Sembilan bubar DUN hujung Jun - Aminuddin

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


9. Lima beranak korban nahas dikebumi satu liang lahad

Semua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Hadhari yang turut dihadiri kira-kira 500 orang sebagai penghormatan terakhir.


10. Kalimah Allah: UMNO akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Azalina

Menteri dari UMNO akan membangkitkan isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian, pada mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu (17 Mei).