ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mac 2023.

1. Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan

Hakim Azura Alwi membenarkan Muhyiddin diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

2. Akaun 2 jadi cagaran: KWSP masih perinci kaedah, menilai semua faktor

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang.

3. Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB

Pelantikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu dibuat susulan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. Terima tuduhan dengan sabar, Muhyiddin tidak akan ajak rakyat turun ke jalanan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkara, rakyat sedang mengalami kesusahan hidup dan beliau enggan membebankan rakyat untuk membela dirinya.

5. Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga

Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

6. Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya

Hakim Datuk Faizah Jamaludin berkata, Ahmad Faisal selaku pempetisyen gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada oleh Mohd Radzi selaku responden atau ejennya.

7. Tauliah perlu untuk elak ajaran salah, fitnah dan bersangka buruk - Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keperluan Tauliah Mengajar bukanlah untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama.

8. Tiada sebab saya dipanggil SPRM - Hamzah

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan tiada sebab beliau dipanggil untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

9. Mas Ermieyati diminta padam lagu Hasrat di video politik atau berdepan tindakan

Bekas Pengurus Amir, Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.

10.Tiada campur tangan dalam siasatan Jana Wibawa - SPRM

Siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dilakukan tanpa campur tangan mana-mana pihak.