ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Julai 2022.

1. Draf RUU Antilompat Parti selesai, hampiri usaha hapuskan 'koloni katak' - Azalina

Draf berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti selesai diperincikan dan akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat seterusnya, kata Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.


2. Hina Islam: Siti Nuramirah mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM20,000

Seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam, Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pagi ini.


3. Dua ADUN Sabah bakal kemuka usul batal Perjanjian Petronas

ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dan ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe berkata, mereka berbuat demikian bagi menyambut cabaran bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh sebelum ini.


4. Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal

Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani isu dua anak syarikat Petronas yang dirampas waris kesultanan Sulu.


5. Indonesia beku penghantaran pekerja ke Malaysia serta-merta - Laporan

Indonesia akan melaksanakan pembekuan sementara ke atas penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.


6. Muat naik hantaran jelik, teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah

Teman lelaki kepada pelawak wanita yang didakwa menghina Islam dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial.


7. Selepas lima hari, mayat mangsa lemas ketika menjala ditemukan

Mayat seorang lelaki akhirnya berjaya ditemukan selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di Sungai Padas Panawan Kuala Tomani, di sini setelah mangsa dilaporkan hilang.


8. Banjir Baling: "Tunggu laporan agensi, saya bukan ketua kerajaan netizen" - MB Kedah

Kerajaan Negeri Kedah akan menunggu laporan terperinci daripada agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum membuat sebarang rumusan berkaitan punca sebenar yang menyebabkan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kupang, Baling pada 4 Julai lepas.


9. B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final

Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) negara melangkah ke pentas akhir Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) penuh bergaya, dengan menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir.


10. Kerajaan tidak pernah iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu - Wan Junaidi

Kerajaan tidak pernah mengiktiraf tuntutan oleh pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.