ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Mei 2022.

1. Profesion kewartawanan: Apa jadi dengan Majlis Media Malaysia?

Pengamal media ketika ini berdepan cabaran di mana orang awam lebih 'mempercayai' maklumat yang disebarkan melalui platform media sosial.


2. Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang

Perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili di mahkamah syariah.


3. Program silat perlu diteruskan, simbolik kepada perpaduan masyarakat - PM

Ahli silat harus berada dalam keadaan bersedia bagi mengurus segala perjalanan persilatan di negara ini.


4Mayat kanak-kanak tiga tahun terjatuh dari rumah rakit ditemukan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh dari rumah rakit di Bukit Rangin di sini berjaya ditemukan anggota bomba, pagi ini.


5. Pesawat Tara Air bawa 22 penumpang dan kru hilang dari radar di Nepal

Pesawat terbabit berlepas dari bandar Pokhara ke bandar Jomsom kira-kira jam 9.55 pagi waktu tempatan sebelum gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik.


6. Polis serbu kondo mewah proses dadah, rampas ekstasi bernilai RM26.5 juta

Polis turut menahan seorang lelaki disyaki dalang kegiatan itu, serta tiga wanita warga China yang disyaki terbabit, Khamis lepas.


7. Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya

Keputusan yang dipaparkan di laman web Pemilihan PKR, menunjukkan Amirudin memperolehi 1,858 undi manakala Farhash mendapat 1,215 selepas proses pemilihan selesai.


8. HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.


9. Isu Kampung Baru: Tun M utus surat kepada PM, gesa selesaikan secara adil - Mukhriz

Surat yang dihantar pada 9 Mei lalu antaranya menggesa agar hak penduduk di kawasan tersebut dilakukan secara adil.


10. Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih

Calon Ketua Cabang Gombak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meluahkan keraguan terhadap keputusan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 cabang tersebut.